Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) bersama Penyelia Pusat Wanita Berdaya dan anggota Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya semasa membuat pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard oleh orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. - Kredit foto: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Seri Serdang,
PENGGUNAAN sistem kad bagi mengehadkan jumlah tertentu pengunjung ke bazar Ramadan pada satu-satu masa mampu mengelakkan peningkatan penularan wabak COVID-19 dalam komuniti.
Namun demikian pematuhan Prosuder Operasi Standard (SOP) ketat perlu terus diamalkan termasuk pakai pelitup muka, penjarakan fizikal, dan pemeriksaan suhu badan yang dilakukan pada setiap bazar Ramadan kendalian Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MBSJ
Sistem khas hadkan pengunjung dalam jumlah 150 orang ke Bazar Ramadan Taman Seri Serdang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 dalam komuniti.
Tahun 2021 ini, MBSJ menggunakan sistem kad untuk 150 orang pada satu-satu masa bagi memasuki bazar Ramadan yang bertujuan untuk membendung peningkatan kes wabak merbahaya ini. Jika kumpulan pertama 150 orang itu selesai membeli juadah berbuka puasa baharulah giliran kedua dengan jumlah yang sana dibenarkan masuk ke bazar berkenaan.
"Sistem digunakan MBSJ ini nampak terkawal lagi teratur, jika ia dikekalkan tentulah bazar Ramadan dapat terus beroperasi seperti yang ditetapkan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud semasa kunjungan ke Bazar Ramadan Taman Seri Serdang bagi tujuan memantau pematuhan SOP oleh orang ramai dan peniaga sambil mengagihkan kurma, pada lewat petang Jumaat, 16 April 2021.
Beliau ucapkan tahniah kepada MBSJ yang melaksanakan sistem tersebut pada semua bazar Ramadan kendaliannya sehingga membolehkan kegiatan perniagaan berjalan lancar dan teratur.
Edaran kurma berkenaan dijayakan bersama Anggota Penguat Kuasa MBSJ, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang.
Dr Mariah Mahmud semasa berkunjung ke Bazar Ramadan Taman Seri Serdang (kanan), manakala Penyelia Pusat Wanita Berdaya membahagikan kurma kepada salah seorang peniaga di bazar berkenaan (kiri).
Pada tahun 2021 ini, MBSJ mengendalikan sejumlah 440 petak niaga bazar Ramadan bagi 4 zon meliputi Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Serdang/Seri Kembangan dengan mengenakan SOP lebih ketat di samping menempatkan pegawai dan kakitangan penguat kuasa pada setiap bazar berkenaan.
Untuk zon MBSJ, Bazar Ramadan Putra Height (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Seri Mutiara) mempunyai 40 petak, Bazar Ramadan USJ 4 Subang Jaya ( 60 petak), Bazar Ramadan Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1) (20 petak), Bazar Ramadan USJ 7 Subang Jaya (hadapan gerai MBSJ) (30 petak), Bazar Ramadan Dataran Niaga Puchong Permai,Puchong (50 petak), Bazar Ramadan Bandar Kinrara (Seksyen 5, Jalan BK 5A/1) (80 petak), Bazar Ramadan Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) (100 petak) dan Bazar Ramadan Taman Equine (60 petak).
Di sekitar kawasan MBSJ terdapat juga bazar Ramadan yang dikendalikan oleh badan-badan NGO tertentu dalam komuniti.
Dalam pada itu, Bazar Ramadan Taman Puncak Jalil yang sepatutnya tidak ada pada tahun 2021 ini akhir beroperasi hasil rundingan antara Persatuan Peniaga Kecil Taman Puncak Jalil bersama MBSJ. - KitaReporters
Salah seorang peniaga menerima sumbangan kurma dari Penyelia Pusat Wanita Berdaya .
Sistem kad khas mengehadkan jumlah tertentu pengunjung ke bazar Ramadan pada satu-satu masa seperti di Bazar Ramadan Taman Seri Serdang yang menjadikannya lebih terkawal dan teratur.