Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Berita Terkini| Hanya 10 rakaat dan tidak melebihi 30 minit! Solat tarawih di dua masjid suci

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Kredit Foto: SPA


RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memperkenankan pelaksanaan solat tarawih di Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah sepanjang Ramadan tahun 2021 ini.

Memetik laporan Arab News, Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan budi bicara Raja Salman dan memberi peluang kepada para jemaah menghayati Ramadan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.


Bagaimanapun, solat sunat itu hanya boleh dilakukan sebanyak 10 rakaat sebagai langkah mengurangkan penularan Covid-19.

Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Agama Islam mengumumkan solat tarawih dan qiyaam akan digabungkan dengan solat isyak di semua masjid di seluruh Arab Saudi dan seharusnya tidak melebihi tempoh 30 minit.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan masa yang perlu diambil oleh jemaah untuk menunaikan solat di masjid, sekali gus mengurangkan kadar jangkitan.

Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan hanya jemaah yang telah mendapat suntikan dibenarkan memasuki Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

Malah denda yang tinggi akan dikenakan kepada umat Islam yang tidak mematuhi peraturan itu yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan rakyatnya menunaikan umrah dan solat di dua masjid suci sepanjang Ramadan tetapi menangguhkan ritual iftikaf (bertafakur selepas solat) dan majlis berbuka puasa di dalam masjid. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

Kredit Foto; Kompas.com

 

0
0
0
0
0
You will be interested