DALAM kekalutan rakyat melakukan ‘panic buying’ (pembelian panik) selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, Sultan Kelantan, pada Rabu, 18 Mac 2020, tampil menitahkan supaya rakyat di di bawah jajahan di negerinya tidak panik sebaliknya bertenang dan sabar. : KitaReporters
SULTAN KELANTAN, Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat tidak panik dan tidak melakukan pembelian panik. - Krediti foto: FB Unit Media Pejabat Sultan Kelantan (https://www.facebook.com/MEDIAPSKN/)
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menerusi kenyataan daripada istana menitahkan rakyat Kelantan agar tidak melakukan pembelian panik dan barang keperluan melebihi daripada apa yang diperlukan.
Keadaan
berkenaan, titah baginda supaya bekalan makanan mencukupi di pasaran.
Selain akur dengan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam membantu usaha membendung penularan COVID-19 yang telah mengorbankan dua rakyat di negara ini.
“Beta
mencadangkan pemilik kedai merancang penjualan barangan mereka supaya bahan
keperluan harian mencukupi.
“Seeloknya, beta menyarankan pemilik premis menyediakan waktu khas kepada warga emas dan golongan yang mudah terdedah kepada jangkitan untuk membeli dalam persekitaran yang selamat,” titah baginda sebagaimana yang disiarkan dalam FB Unit Media Pejabat Sultan Kelantan (https://www.facebook.com/MEDIAPSKN/).
Ampun Tuanku! Terbaiklah cara Tuanku ni…
Baginda
dalam masa sama turut menasihatkan rakyat supaya tidak terburu-buru mempercayai
apabila menerima maklumat sebaliknya dapatkan maklumat sahih daripada saluran
rasmi iaitu Majlis keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan serta
kerajaan negeri.
“Semua pihak memainkan peranan penting supaya seluruh rakyat Kelantan menjaga kesihatan masing-masing, terutama sekali ahli keluarga, warga emas dan golongan yang mudah terdedah serta sentiasa bertimbang rasa terhadap jiran sekeliling.
BAGINDA dalam masa sama turut menasihatkan rakyat supaya tidak terburu-buru mempercayai apabila menerima maklumat sebaliknya dapatkan maklumat sahih daripada saluran rasmi. - Kredit foto: FB
“Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan terutama sekali petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus bekerja tanpa menghiraukan penat dan lelah untuk mengekang penularan COVID-19,” titahnya lagi.
Sehubungan itu baginda mengak semua bersama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan COVID-19 ini akan dapat dikawal dan keadaan di Malaysia akan pulih serta kembali seperti biasa.
“Semoga
tindakan kolektif yang diambil oleh masyarakat akan dapat segera melandaikan
puncak jangkitan (flatten the curve),” titah baginda.
Sementara itu, baginda turut menggesa semua peserta yang menghadiri Ijtimak Jord Qudama’ dan Ulama Malaysia di Masjid Seri Petaling, Selangor yang belum sempat menjalani pemeriksaan segera ke hospital yang disenaraikan untuk menjalani ujian saringan dengan segera. - KitaReporter