Insan & Komuniti 08 May, 2020

Nak cari runner? Hubungi Siti Sharifah! Suri rumah bekerjaya

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

KALAU tidak di pasar raya, pejabat pos atau pasar borong pasti ramai yang ternampak gelagat seorang wanita ini mundar mandir memilih barang sambil melihat secebis kertas yang mengandungi senarai barangan yang dipesan oleh pelanggan. Begitulah rutin harian seorang wanita yang bergelar “runner” untuk mencari rezeki bagi menyara hidup keluarga sebagai sumber pendapatan harian kepada rezeki yang halal. : KitaReporters

Siti Sharifah Che Mat. 


Suri rumah, Siti Sharifah Che Mat, 28, dari Kampung Alur Saji, Bukit Kenak, Jertih di Terengganu, bukan orang baharu dalam kerjaya berkenaan, sebaliknya ia sudah melakukan kerja itu sejak 2018.

Katanya, dia melakukan kerja itu kerana ingin membantu suami menambah sumber pendapatan untuk menyara hidup sekeluarga.

Beliau berkata, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memerlukan kekuatan ekonomi untuk menyara hidup keluarga kerana dalam keadaan sekarang mereka tidak boleh berdiam diri sebaliknya perlu bekerja.

“Jangan risau, Umi ada sediakan perkhidmatan runner untuk seluruh Besut, Setiu dan Pasir Puteh,” katanya.

Umi menyerahkan barang pesanan yang ditempah pelanggan


Kata Siti Sharifah, beliau tidak menetapkan upah, sebaliknya menyerahkan kepada budi bicara pelanggan untuk membayarnya apabila barang ditempah sampai ke rumah masing-masing.

“Ikut kau orang nak bagi berapa. Jadi kalau nak beli barang ke, bayar bil ke, nak suruh beli kuih muih ke, nak beli KFC ke, ataupun nak suruh pos barang pun boleh.

"Akak-akak yang berniaga tu kalau nakkan runner untuk tolong COD barang akak-akak pun boleh,” katanya dalam loghat Kelantan dan memanggil dirinya Umi.

Motosikal Siti Sharifah sarat dengan barang pesanan pelanggan


Siti Sharifah ibu kepada tiga anak, yang mempunyai sedikit pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi menggunakan telefon pintar, menjadikan media sosial khususnya Facebook untuk menawarkan perkhidmatan penghantarannya kepada orang ramai.

Dia yang menggunakan motosikal untuk menghantar barang-barang yang ditempah kepada pelanggan memberi jaminan bahawa pelanggan diberi keutamaan dan tidak perlu risau dengan perkhidmatannya.

Siti Sharifah turut menggunakan Facebook untuk memaklumkan kepada pelanggan


Beliau berkata, pada setiap hari, beliau membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli pelbagai barang yang diminta oleh pelanggan termasuk membayar bil elektrik, air dan telefon di Pejabat Pos.

“Alhamdulillah sehingga ini dia tidak berhadapan dengan masalah besar  bila bertemu pelanggan kerana mereka tahu saya orang susah dan mereka tidak pernah berhutang,” katanya.

Sebahagian barang keperluan yang siap dibeli di pasar raya untuk dihantar kepada pelanggan


Bagaimanapun katanya, dalam menjalankan kerja sebagai runner, beliau kadangkala risau kerana keadaan motosikalnya yang sering mengalami kerosakkan ketika dalam perjalanan.

Katanya, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kerja berkenaan kerana petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) memahami kerja beliau.

Malah katanya, sepanjang tempoh PKP, beliau memndapat lebih banyak tempahan berbanding sebelumnya sambil menganggap tempoh bekenaan sebagai bulan rezeki. - KitaReporters

11
2
0
0
0
You will be interested