Insan & Komuniti 25 May, 2020

Mat Rempit kantoi lumba motor! Polis hadiahkan takbir raya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kebiasan pada malam raya setiap umat Islam akan melakukan persiapan bagi menyambut hari raya keesokan harinya. Pelbagai kerja harus dilakukan agar Hari Raya Aidilfitri kita menjadi lebih bermakna apatah lagi kali ini kita sambut dengan suasana baharu. Tetapi lain pula yang terjadi kepada sekumpulan mat motor atau remaja ini apabila pada malam raya berkumpul beramai-ramai bersama motor kesayangan mereka. : KitaReporters

 

Kredit video Brotherhood Johor. 


Mungkin ada pertunjukan motor raya sempena hari raya.

Mungkin niat hanyalah bersuka ria sambil bergelak tawa, tetapi siapa sangka, malam raya yang harus dijadikan malam terindah bertukar menjadi pengalaman pahit manis bagi sekumpulan remaja ini. 

Itulah terjadi kepada mereka apabila perlu menolak motor kerana tertangkap berlumba.

Bagi mengurangkan rasa sedih kepada remaja ini, anggota polis menghadiahkan takbir raya sambil memberi kata-kata semangat.

Mungkin polis pun tidak mahu remaja ini sedih sebab itu mereka memberikan kata-kata semangat sambil melaung takbir raya. 


Untung anda dapat hadiah takbir dan ucapan eksklusif daripada pihak polis itu.

"Pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul sama-sama dan berlumba sama," kata anggota polis berkenaan. 

Kejadian ini dipercayai berlaku di Bandar Penawar, Johor. - KitaReporters

0
0
0
4
0
You will be interested