Insan & Komuniti 20 Jul, 2020

Mural diconteng kata keji! Orang tak bertamadun, hati busuk!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

RATA-RATA daripada kita mengetahui terdapat sebuah bangunan di Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam, Selangor kini menjadi 'pameran' mural gergasi memaparkan wajah-wajah pemimpin negara yang dianggap sebagai wira negara dalam melawan pandemik Covid-19 ini. Tetapi hari ini kita semua digemparkan dengan sikap sesetengah masyarakat kita yang tidak bertamadun dan berhati busuk yang membuat contengan vandalisme menggunakan perkataan keji dan kesat ke atas mural berkenaan. : KitaReporters 


Potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara pemimpin negara yang menjadi karya lukisan dinding atau mural 'Miey Ali' bagi menghiasi bangunan berkenaan.

Tetapi hari ini kita semua digemparkan dengan sikap sesetengah masyarakat kita yang tidak bertamadun dengan membuat contengan vandalisme menggunakan perkataan seperti babi dan bangsat.

Kelihatan di video yang tular di media sosial ini memaparkan wajah-wajah pemimpin negara telah ditulis dengan perkataan yang tidak elok dan memalukan.

Sehubungan itu, lokasi bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam itu kini sudah ditutup. 



Rata-rata netizen berasa sangat bengang dengan tindakan masyarakat kita yang tidak bertamadun ini.

Tak puas hati luahkan, bukan jadi pengecut


Hasil seni seseorang perlu dihargai walau kita benci pemimpin 



Apa pendapat anda semua mengenai isu ini? Adakah si pesalah perlu dijatuhkan hukuman? - KitaReporters

0
1
1
0
6
You will be interested