PELAKON legenda Bollywood Amitabh Bachchan, 78, menyumbang 2,000 paket makanan sehari untuk penduduk di Mumbai yang menghadapi perintah berkurung akibat penularan wabak Covid-19. Menurut laporan India Today, paket makanan itu untuk makanan tengah hari dan malam. Ia diberi di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Mumbai oleh sejumlah petugas. : KitaReporters
Amitabh Bachchan berjanji akan menambah jumlah bantuan jika keadaan memerlukan. - Kredit foto: Amitabh Bachchan Foundation
Amitabh yang juga
dikenali sebagai Big B berkata, dia merancang untuk
menambah jumlah sumbangan apabila keadaan semakin memerlukan.
Mertua kepada pelakon Aishwarya Rai ini turut menyediakan bantuan kewangan untuk ribuan pekerja filem India yang menghadapi masalah tiada pekerjaan apabila Covid-19 melanda India.
Amitabh Bachchan yang lahir pada 11 Oktober 1942 adalah seorang bintang seni yang suka melakukan kerja amal dan telah menghulurkan pelbagai bantuan sejak sekian lama apabila India ditimpa bencana selama ini.
Kredit foto: Amitabh Bachchan Foundation
Amitabh mempunyai sejumlah perniagaan terutama Amitabh Bachchan Corporation Limited (ABCL) yang memberi tumpuan dalam bidang hiburan.
Amitabh turut mempunyai Yayasan iaitu Amitabh Bachchan Foundation yang memberi tumpuan melakukan kerja amal.
Mula berlakon dalam filem ‘Saat Hindustani’ pada 1969, Amitabh Bachchan telah berlakon dalam lebih 180 filem.
Bayarannya tetap tinggi walaupun dia sudah dimamah usia.
Kredit foto: Amitabh Bachchan Foundation
Amitabh Bachchan adalah legenda hidup yang terus berlakon kerana minat, bukan lagi sebagai pendapatan.
Kemunculannya sebagai lelaki tua, sesuai dengan usianya sentiasa dinanti kerana dia pelakon berwatak.
Dengan memiliki tubuh tinggi dan tidak begitu boroi, Amitabh Bachchan masih mempunyai ramai peminat tegar, sesuai dengan kedudukannya sebagai legenda hidup bukan sahaja di India, bahkan di dunia. - KitaReporters
amitabhbachchan : "I express my sincere gratitude to all #SupplyWarriors who are risking their lives every day to serve the nation. We salute your determination towards keeping #India connected amidst lockdown."