Insan & Komuniti 05 Jul, 2020

Mandi bersama buaya! Sah! Memang berani betul budak-budak ni

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

HAIWAN bernama buaya ini sangat bahaya dan begitu agresif. Malah banyak kisah si buaya ini membaham mangsa yang tidak bersalah terutama di Sabah dan Sarawak.  Tapi ada juga buaya paling bahaya, buaya darat!!!!!! Ok tak lawak bye!!!! : KitaReporters


Ok baiklah, biasanya kita kalau nampak buaya memang akan lari dan tak kan dekatkan diri dengan buaya ini. 

Memang cari penyakit pergi dekat dengan haiwan ini. Ibarat serah diri jelah kat buaya ini!!!! 

Kredit video Twitter Mdfaidzul


Tapi lain pula bagi sekumpulan kanak-kanak ini apabila mereka jadikan haiwan 'ganas' itu sebagai teman untuk bermandi-manda bersama-sama!!! Siap boleh gelak ketawa lagi.

Fuhhh!! Yang tengok ini pula jadi seram sejuk. 

Dik, korang pukau buaya tu ka? Ahahahah!!! 


Dik, kamurang sangat berani bah, kamu jadikan buaya itu macam kawan je. 

Nasib baik buaya tu tak boleh cakap. Kalau tak dia pun naik hairan dengan keberanian kamurang.

Kanak-kanak dari Sabah ini mungkin sudah biasa dengan haiwan tersebut atau memang haiwan itu haiwan peliharaan mereka. Siapa tahu??

Yang tak biasa tu tak usah nak jadi macam nie, takut sedar nanti dah ada dalam perut buaya. Tu pun kalau sedar. Kalau tak, emmm!!!!

Video dikongsi oleh Mdfaidzul dalam Twitter miliknya yang berdurasi 50 saat ini telah ditonton lebih 756,000 tontonan dan telah di retweet oleh lebih 22,000 orang. - KitaReporters

5
7
1
0
0
You will be interested