SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti dambakan hubungan tersebut berakhir hingga ke jannah. Namun siapa kita untuk menghindari kehendak takdir. Begitulah juga yang berlaku kepada bahtera rumah tangga pelakon jelita Indonesia Laudya Cynthia Bella, 32, dengan Engku Emran, 45, yang hanya mampu bertahan kira-kira dua tahun saja. : KitaReporters
Enggan lagi berteka-teki, akhirnya Laudya Cynthia Bella tampil membuat penjelasan tentang status rumah tangganya. - Kredit foto: IG Bella.
Pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam satu majlis tertutup.
Pelakon yang mesra dengan panggilan Bella itu berkata, beliau tak mampu melawan takdir dan harus merelakan pernikahannya dengan Engku Emran berakhir dengan perceraian.
“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik.
“Sudah
berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga
kami hanya sampai d sini dan sudah segala proses kami juga lalui dan saat ini
semuanya sudah selesai,” katanya dalam program Insert Pagi hari ini, Rabu, 1 Julai 2020.
Bella
berharap pendedahannya itu menjawab persoalan semua pihak yang mengikuti
perjalanan hidupnya bersama Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin sebelum ini.
Pada hari bahagia majlis Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran bersama Engku Alesya.
“Saya harap mudah-mudahan dengan adanya penjelasan saya saat ini, bisa menjawab semua pertanyaan teman-teman media.
"Saya mohon maaf kalau ada kata-kata saya yang kurang berkenan atau sikap saya yang kurang berkenan.
"Saya perlukan sokongan daripada teman-teman semua. Mohon doa buat kami,” ungkapnya.
Tambah
Bella, selama bergelar isteri kepada Engku Emran, beliau mengaku banyak
mendapat hikmah dan pelajaran.
“Insya-Allah
hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini, bisa saya jadikan bekal, bisa saya
simpan, untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi,
amin,” kata pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan itu.
Momen indah sepanjang bergelar isteri akan dijadikan pengajaran untuk dirinya.
Selepas Bella membuat pendedahan kisah rumah tangganya itu, ramai netizen yang memberi komen positif dalam Instagramnya.
Ada dalam kalangan netizen yang mendoakan agar Bella bakal bertemu dengan jodoh yang lebih baik selepas ini.
Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya sebelum mereka bercerai pada 18 Februari 2014. - KitaReporters.