CHECKMATE!! Pemilik anjing pitbull yang mencederakan kaki dan tangan seorang wanita di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka sehingga parah kini telah diketahui, ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret. Dia dah pun kena denda maksimum RM2,000. Denda RM2,000 sahaja!!!! : KitaReporters
Mangsa Kristina, seorang warga Indonesia, cedera parah digigit anjing pitbull pada tangan dan kakinya.
Lagi cerita-cerita berkaitan anjing:
https://kitareporters.com/search?search=anjing
Teka-teki selama ini yang menjadi perbualan dalam platform media sosial, di manakah pemilik sebenar anjing berkenaan sudah pun terjawab dengan penangkapan seorang lelaki tersebut.
Penangkapan Liew Sea Hai, pemilik anjing jenis pitbull yang menyerang perempuan warga Indonesia, Kristina, dituduh di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana gagal menjaga haiwan peliharaan seterusnya menyebabkan kecederaan kepada orang awam.
Dia yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Air Keroh telah mengaku bersalah di hadapan hakim yang membacakan kes pertuduhan yang berlaku pada 28 Julai 2020 yang lalu. Bagaimanapun hakim telah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu denda sebanyak RM2,000 kepada pesalah.
Pemilik anjing dan anjing pitbullnya telah ditangkap pihak berkuasa.
Keputusan itu sekali gus dibantah oleh orang awam dan pencinta haiwan yang hadir. Mereka menyifatkan denda tersebut sebagai kecil dan tidak akan membentuk keinsafan serta kesedaran kepada pemilik anjing. Hukuman yang berat dan sewajarnya harus dikenakan agar sistem keadilan kita terpelihara dan tidak berat sebelah serta diperkotak-katikkan oleh masyarakat.
Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association atau PHM) memberitahu, denda yang diputuskan oleh mahkamah tidak setimpal dengan jenayah yang berlaku, dan ia percaya kejadian yang sama boleh berulang kerana pemilik anjing tidak akan rasa bersalah dan terus bersikap lalai serta tidak peduli.
"Seksyen 289 Kanun Keseksaan adalah Undang-Undang yang lemah, majistret tiada pilihan. Bukan tanggungjawab majistret. Ia adalah tanggungjawab Kerajaan. Membina undang-undang yang tegas dan mendidik adalah tanggungjawab kerajaan," tulisnya persatuan itu dalam posting media sosialnya.
Rayuan Persatuan Haiwan Malaysia dalam akaun Facebook miliknya
Justeru dengan gerak kerja yang lebih drastik, PHM akan merayu keadilan yang sewajarnya ke peringkat lebih tinggi terhadap hukuman ke atas pesalah (Liew Sea Hai), di samping memulakan kerja-kerja meminda Seksyen 289 Kanun Keseksaan bagi jenayah cuai berkaitan haiwan peliharaan.
Selama ini, undang-undang sering memberi muka dan dirasakan lemah mengadili sesuatu kesalahan secara lebih adil dan wajar. Biar kali ini giliran PHM mendapatkan pembelaan mewakili mangsa dan anjing pitbull berkenaan.
Sehubungan itu, untuk memudah dan melancarkan agenda murni itu, persatuan tersebut merayu sumbangan ikhlas daripada orang awam yang cintakan haiwan untuk sama-sama membantu.
"Untuk membolehkan Animal Malaysia buat kerja, kami merayu hukuman lebih tinggi pada Liew Sea Hai dan memulakan gerak kerja meminda Seksyen 289 KK bagi jenayah cuai menjaga haiwan. Mari sama-sama keluar kos. Mencari dan mencipta kebahagiaan, tiada yang percuma dan Animal Malaysia perlu pembiayaan.
"Tolong derma!! Persatua Haiwan Malaysia, 105480001899, Affin Bank Berhad, Refference Tabung Bela Pitbull. Minta tolong ramai-ramai, kita bantu sikit-sikit, RM10, RM20, RM30, RM50, RM100, RM200," tambah PHM.
Kunjungan dan ziarah Persatuan Haiwan Malaysia di Jabatan Veterinar Negeri Melaka
Apa lagi!! Pesalah sudah dibawa ke muka keadilan! Takkan kita mahu menggoyangkan kaki dan bersiul sahaja! Kebenaran tidak akan tertegak jika kita tidak membantu bersama-sama dan membawa soladariti atau suara keadilan yang munasabah.
Ingat!! Kejayaan tidak akan datang bergolek, usaha, sabar, kuatkan mental dan pasti semua akan menang. Ya!! Pasti semua akan menang! - KitaReporters