SEORANG remaja tidak menyangka keinginan untuk membuang kutu pada kepala dengan memakai syampu khas bagi membuang binatang berkenaan pada kepala akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya, lebih menyedihkan dia terpaksa menjadi cacat sepanjang hayat. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kemalangan:
https://kitareporters.com/search?search=kemalangan
Namun Aleema Ali,16, dari Bradford, England perlu menunggu kira-kira 10 minit sebelum membersihkan kepala dan ketika itu dia melangkah ke dapur untuk membuang sampah.
Namun siapa sangka langkahnya ke dapur itu menyebabkan dia yang ketika itu berusia 12 tahun dan dilahirkan normal bertukar menjadi cacat seumur hidup selepas api menyambar ke arah rambut dan sebahagian badannya.
ALEEMA Ali bangkit meneruskan kehidupan dan semakin tampil berani di khalayak ramai termasuk melakukan tutorial solekan di media sosial. - Kredit foto: Jam Press
Keadaan itu menyebabkan 55 peratus badannya melecur sekali gus menyebabkan mukanya, rambut, lengan peha, dada terbakar. Lebih menyedihkan hanya tiga jari mampu ‘beroperasi’ dengan sempurna, manakala tujuh lagi tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian itu
dia terus dikejarkan ke hospital dan koma selama dua bulan.
Dia juga turut menjalani pembedahan untuk cantuman kulit bagi memulihkan anggota badan dan juga wajah selain memakai pakaian khas bagi proses pemulihan.
DILAHIRKAN sempurna namun takdir menentukan menyebabkan Aleema terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan cacat sepanjang hayat.
Kini walaupun empat tahun berlalu, dia masih mengalami trauma namun cuba bangkit untuk meneruskan kehidupan. Lebih membanggakan dia kini semakin berani dengan dirinya dan muncul di khalayak ramai.
Terbaharu Aleema tampil dalam aplikasi TikTok untuk melakukan tutorial solekan.
Wow...nilah dikatakan kembali bangkit... Tahniah Aleema!
Menerima rawatan di Hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya.
Kongsinya yang kini melanjutkan pengajian peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire, sepanjang berada di hospital dia menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui.
Semoga Aleema terus kuat dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam dalam kerjaya! : KitaReporters