SUDAH menjadi tabiat penulis dan wartawan, istilah bersara tidak pernah terlintas di hati malah semakin berusia gian untuk berkarya semakin menjadi kerana itulah itu dikatakan menjadi darah daging kepada mereka yang betul-betul cekal dan berminat dalam bidang penulisan dan kewartawanan. : KitaReporters
Rosol Wahid menunjukkan buku tulisan Mohamed Jusoh selepas majlis pelancaran di The Lan Bayu Seafood, Pulau Duyung, Kuala Terengganu pada 24 Oktober 2020.
Lagi cerita-cerita berkaitan buku:
https://kitareporters.com/search?search=buku
Itulah yang menjadi pegangan dalam kehidupan ketika meninti usia tua yang masih berbaki yang dilakukan oleh seorang wartawan yang juga penulis veteran dari Terengganu. Siapa tidak kenal dengan Mohamed Jusoh atau turut dikenali dengan gelaran “Cikgu Sejarah” dalam kalangan wartawan, sasterawan, budayawan dan pendidikan.
Mohamed seorang pengarang berpengalaman yang pernah berkhidmat di syarikat gergasi akhbar Utusan Melayu (M) Berhad sebelum bersara memegang pelbagai jawatan penting di Utusan termasuk wartawan kanan, Ketua Biro Utusan Pantai Timur, (Kelantan,Terengganu dan Pahang).
Malah beliau pernah bertugas di Ibu Pejabat
Utusan, Kuala Lumpur dengan menyandang jawatan Ketua Penyunting, Penolong
Pengarang dan Pengarang.
Kegigihan beliau menghasilkan buku-buku sejarah dan akademik sememang menjadi kebanggaan warga Terengganu kerana beliau banyak menyumbang dalam pembangunan penulisan di negeri Darul Iman tersebut.
Buku berjudul "Puteri Duyung" yang dihasilkan bekas wartawan veteran Mohamed Jusoh dalam tempoh PKP
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 memberi peluang kepada beliau untuk mengaktifkan diri dengan menulis buku-buku untuk tatapan generasi masa kini.
Terbaharu sebuah buku berjudul “ Puteri Duyung” berjaya disiapkan oleh beliau ketika memenjarakan diri dalam tempoh PKP yang dilaksanakan seluruh negara akibat penularan COVID-19.
Majlis pelancaran buku tersebut dilakukan oleh
Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP), Datuk
Rosol Wahid yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada 24 Oktober 2020 lalu.
Buku Puteri Duyung hasil karya ke-50 oleh Mohamed Jusoh
Pelancaran buku ke-50 hasil tulisan beliau itu
mencatat sejarah kerana ia berlangsung di sebuah restoran milik bekas wartawan
Utusan Terengganu Ruslan Abd Rahman The Lan Bayu Seafood, Pulau Duyung, Kuala
Terengganu.
Buku setebal 172 halaman diterbitkan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, layak dibaca untuk semua pencinta sejarah.
Menyikap kembali, Mohamed sebenarnya berminat dalam
bidang penulisan sejak di bangku sekolah, malah dia juga seorang peminat seni,
budaya dan sastera.
“Pengalaman sebagai seorang penulis bermula apabila beliau menjadikan penulisan sebagai hobi dan mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejarah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut.
Rosol Wahid meneliti hasil kandungan buku Puteri Duyung tulisan Mohamed Jusoh
Sejak itu, katanya, dia telah menghasilkan pelbagai jenis karya untuk majalah termasuk Mastika, Kiblat, Al-Islam, Fikrah, Realiti, Dakwah dan Dewan Masyarakat.
Dia juga pernah bertugas sebagai guru sebelum
dilantik sebagai Pegawai Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pelajaran.
Karya beliau meliputi pelbagai genre seperti novel,
puisi, cerpen, kanak-kanak, biografi, dokumen dan pelbagai lagi.
Selain menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya, pengarang ini juga kadangkala menggunakan nama pena “Mohd Jahaly” dan “Mohd Jahamin” dan turut mempunyai pengalaman menghasilkan skrip drama untuk radio serta teater.
Datuk Rosol Wahid menerima buku hasil tulisan bekas wartawan UM Mohamed Jusoh
Tidak hairanlah kerana pengalaman dan sumbangannya yang besar dalam dunia penulisan dan penerbitan, bekas wartawan ini dikurniakan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Wartawan Sejarah dan Pelancongan Terbaik pada awal tahun 80-an dan Hadiah Karya Sastera Darul Iman (2013).
Mohamed yang juga pernah memimpin Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) sebagai Presiden turut menerima Anugerah Tokoh Wartawan daripada bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said pada 2010, dan Anugerah Tokoh Wartawan dan Komunikasi oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmnad Razif Abdul Rahman, pada 2015. - KitaReporters
Sebahagian tetamu yang hadir meraikan majlis pelancaran buku Puteri Duyung karya Mohamed Jusoh