Insan & Komuniti 20 Oct, 2020

5 bulan pisah dengan keluarga! Pesakit rasa selamat di sini!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

KEMPEN ‘A Hundred Unsung Heroes’ ialah mengenai wira-wira tak didendang yang merupakan petugas barisan hadapan (frontliners) dalam peperangan kesihatan melawan pandemik COVID-19. Ikuti kisah Nabilal Zakaria dan Dr Nurul Yakeen, antara ribuan yang bertugas berdepan dengan virus membunuh ini. : KitaReporters



Menurut Nabilal Zakaria, Jururadiografi Diagnostik, Pantai Hospital Kuala Lumpur: “masa paling sukar ialah tempoh lima bulan di mana saya dan suami hidup berjauhan demi keselamatan anak dan keluarga kami. Keputusan ini bukan mudah untuk dibuat."

"Ketika saya sedang bekerja di jabatan radiologi, saya menerima panggilan telefon untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin dalam kadar segera. 

"Saya dimaklumkan bahawa rakan sekerja saya mempunyai kontak rapat dengan penghidap COVID-19. Kami telah bertugas bersama semalaman, lantas mendedahkan saya kepada risiko jangkitan. Selepas mengetahui kemungkinan saya dijangkiti virus ini tinggi, saya telah menelefon pengasuh anak saya. 


Nabilal Zakaria, Jururadiografi Diagnostik, Pantai Hospital Kuala Lumpur...  “masa paling sukar ialah tempoh lima bulan di mana saya dan suami hidup berjauhan demi keselamatan anak dan keluarga kami. Keputusan ini bukan mudah untuk dibuat.” 


"Saya ada anak kecil yang berusia 14 bulan di rumah dan keselamatan anak saya merupakan satu-satunya perkara yang saya khuatiri. Oleh itu, saya telah meminta pengasuh anak saya untuk menjaganya ketika saya dikuarantin. Suami saya juga bertugas di barisan hadapan dan bekerja di jabatan kecemasan – dia terpaksa berada di tempat kerja dan tidak dapat menjaga anak kami sepanjang tempoh saya dikuarantin."

"Sebagai petugas barisan hadapan, kami berdua memutuskan untuk tinggal berjauhan sehingga jumlah kes mula menyusut. Dalam sekitar lima bulan, saya dan suami hidup berjauhan demi keselamatan anak dan keluarga kami. Keputusan ini bukan mudah untuk dibuat, namun perlu dilakukan demi kebaikan semua. 

"Setelah tempoh kuarantin tamat, saya kembali bekerja, dan lebih berhati-hati kali ini. Begitulah kehidupan sebagai seorang kakitangan perkhidmatan kesihatan. Dorongan kami untuk berkhidmat dicetuskan oleh semangat kami untuk membantu insan lain. Dalam kerjaya ini, pesakit ialah keutamaan kami, meskipun kami diduga dengan pelbagai cabaran lain. 

"Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan sekerja serta keluarga saya untuk menempuhi perjalanan ini, dan akan terus berkhidmat demi masyarakat. "



Bagi Dr Nurul Yaqeen, Pakar Perunding Respiratori, Sunway Medical Centre: “Saya masih ingat dia menyatakan kegembiraannya untuk berada di Malaysia ketika perintah berkurung berkuat kuasa. Dia berasa selamat di sini, walaupun jauh dari kampung halamannya."

"Sebagai pakar respiratori, saya ditugaskan untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang menunjukkan simptom gangguan respiratori seperti batuk kering, sesak nafas, dan lain-lain. Sayangnya, simptom yang berkaitan dengan COVID-19 ini juga biasanya dikesan dalam masalah respiratori yang lain. 

"Sebagai petugas khas COVID-19, di samping merangka SOP, komponen tugas saya yang paling kritikal ialah penuntasan diagnosis yang tepat dan spesifikasi rawatan yang betul. 


Dr Nurul Yaqeen, Pakar Perunding Respiratori, Sunway Medical Centre... “Saya masih ingat dia menyatakan kegembiraannya untuk berada di Malaysia ketika perintah berkurung berkuat kuasa. Dia berasa selamat di sini, walaupun jauh dari kampung halamannya.”


"Ia mengingatkan saya semula mengenai sebuah insiden melibatkan seorang pesakit dari Amerika Syarikat yang saya telah periksa. Dia telah mengunjungi banyak negara sebelum tiba di Malaysia. 

"Sehari selepas individu ini tiba di Malaysia, pihak kerajaan telah mewartakan larangan merentas sempadan antarabangsa, dan dia tidak dapat keluar dari Malaysia. Tidak lama kemudian, dia mula mengalami batuk kering dan kesukaran untuk bernafas, lalu dikejarkan untuk menjalani ujian COVID-19. Walaupun dua ujian yang diambil menunjukkan hasil negatif, dia masih mengalami simptom tersebut dan memutuskan untuk membuat pemeriksaan. 

"Setelah saya memeriksanya, saya mendapati masalah tersebut sebenarnya berpunca daripada reaksi alergi, lalu saya telah menspesifikasikan ubat yang perlu diambil, dan seminggu kemudian dia menyatakan kesihatannya bertambah baik. 

"Saya masih ingat dia menyatakan kegembiraannya untuk berada di Malaysia ketika perintah berkurung berkuat kuasa. Dia berasa selamat di sini, walaupun jauh dari kampung halamannya. Dia juga sempat mengakui keenakan nasi goreng kampung yang dinikmatinya! 

"Sebagai pengamal perubatan, kesejahteraan pesakit adalah keutamaan tertinggi kami yang mengatasi segala perkara lain. Tanggungjawab kami adalah untuk berkhidmat. Jadi, kami hanya perlu menanam firasat ini dalam diri, dan bertugas dengan kepercayaan bahawa semuanya akan berjalan dengan sebaiknya." - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested