Insan & Komuniti 31 May, 2020

Kanak-kanak 8 tahun meninggal dunia! Kerana disengat tebuan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SEORANG daripada dua beradik dari Felda Kerteh 4 di Dungun, Terengganu yang kritikal selepas terkena sengatan tebuan disahkan meninggal dunia hari ini, Ahad 31 Mei 2020. Mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, meninggal dunia jam 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kuala Terengganu. : KitaReporters

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus ketika mengesahkan perkara itu berkata, kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.  

"Mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada jam 9.17 malam pada Sabtu 30 Mei 2020 dari Hospital Dungun dengan mempunyai 65 kesan sengatan tebuan,” katanya. 

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus

Tebuan. - Gambar hiasan 


Sementara itu. memetik laporan Bernama sebelum itu, dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai disengat tebuan, manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun, ada petang Sabtu, 30 Mei 2020. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, dan adiknya Muhamad Azib, 6, sedang bermain dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun. 

Ibu mangsa, Rohayu Mat Lazim, 39, berkata, secara tiba-tiba anak lelakinya meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan bengkak pada bahagian badan dipercayai akibat sengatan tebuan. 

Katanya, dia berlari masuk beritahu kakaknya teruk disengat tebuan. Keadaan Nur Nazihah masa itu sangat lemah. 

Rohayu berkata, ketika kejadian, suami saya tiada di rumah sebab bekerja, jadi saya bawa kedua-dua mereka ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. 

Beliau berkata, dalam jam 8 malam Sabtu, anak-anak saya dirujuk pula ke HSNZ. 

Menurut beliau dan suaminya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, sering mengingatkan anak mereka agar tidak bermain di kawasan itu disebabkan kewujudan sarang tebuan itu baru-baru ini

"Tidak tahu macam mana petang tadi mereka boleh bermain sampai ke situ. 

"Ketika kejadian, kanak-kanak lain sempat lari tapi Nur Nazihah tersangkut di pagar, jadi dia yang kena sengat paling banyak, hampir 60 sengatan,” katanya. 

Katanya, doktor beritahu organ dalaman Nur Nazihah terjejas dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, namun adiknya sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya stabil

Rohayu berkata, kejadian itu berlaku sepantas kilat dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu memandangkan mereka tidak pernah bermain di kawasan tersebut. - KitaReporters

 

4
1
11
0
2
You will be interested