SELAIN Jackie Chan dan Jet Li, seorang lagi pelakon Hong Kong yang terkenal dalam filem aksi mempertahankan diri kung fu iaitu Sammo Hung, 68. Walaupun berbadan gempal, namun aksi tangkasnya berkung fu membuatkan para penonton tidak berganjak dari kaca televisyen. : KitaReporters
Sammo sangat popular di kalangan penonton di Malaysia.
Malah, pemilik nama sebenar Hung Kam Bo ini pernah menjadi koreografi aksi untuk beberapa pelakon terkenal seperti Bruce Lee, Jackie Chan, King Hu, Stephen Chow dan John Woo.
Sammo bukan sahaja pelakon tetapi juga pengarah filem setanding dengan Jackie Chan. Bagi peminat setianya dalam era 80-an dan 90-an pasti mengenali susuk tubuh gempal yang tangkas beraksi ini.
Namun faktor kesihatan menghalang dirinya untuk
bergiat aktif dalam bidang lakonan dan perfileman berbanding Jackie Chan.
Justeru, ramai yang terkejut apabila melihat susuk
tubuh terbaharu pelakon Big Big Brother ini.
Sammo bersama rakan-rakan.
Pada tahun 2017, Sammo menjalani pembedahan lutut, sekali gus mempengaruhi pergerakannya. Dia juga menderita penyakit kencing manis.
Media di Hong Kong melaporkan tahap kesihatan pelakon berkenaan sangat membimbangkan.
Foto-foto Sammo menggunakan tongkat dan berkerusi
roda mula tersebar sehingga mengejutkan para peminat.
Menurut Sammo, doktor menyarankan dia menggunakan
kerusi roda sekira lututnya berasa sakit.
Terbaharu, penyanyi terkenal Alan Tam berkongsi foto-fotonya bersama rakan-rakan termasuk Sammo sedang mengadakan makan malam.
Foto itu jelas menunjukkan Sammo kelihatan kurus, malah ramai yang tidak mengecamnya.
Sammo (berbaju hitam) kelihatan kurus berbanding ketika sihat dulu.
Semoga pelakon kesayangan Asia ini kembali sihat!!
Filem-filem aksinya menjadi santapan mata para peminat di Malaysia satu ketika dulu. - KitaReporters
Sumber: Jaynestar