Insan & Komuniti 07 Jun, 2020

Kilafairy istiqomah, sudah bertudung! Neelofa ucap tahniah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) memberi masa kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy, 28, beristiqamah hingga akhirnya mengubah penampilan daripada gadis sering bergaya seksi menjadi wanita berhijab. Syukur alhamdulillah... Allah Maha Besar!! : KitaReporters

Kilafairy kini selesa menjadi wanita berhijab. - Kredit foto: IG kilafairyofficials


Sebelum memutuskan untuk berhijab minggu ini, Kilafairy sudah meninggalkan pakaian seksi sejak awal tahun ini. 

Baginya hidup perlu menjalani perubahan dan penghijrahan dan sesuai dengan usianya yang semakin meningkat menyebabkan melakukan penghijrahan atas kerelaan sendiri, tanpa sebarang paksaan.

Perubahan penampilan gadis bernama asalnya Syakila Nisa Jahangir Khan mengembira ibu bapanya Jahangir Khan dan ibunya, penyanyi senior Rohana Jalil.

Neelofa dan Kilafairy dalam kenderaan. Kredit foto:IG Neelofa

Selain menyanyi dan berlakon Kilafairy juga berminat dalam bidang fesyen dan masakan.

Kilafairy mula berlakon pada tahun 2010 melalui drama ‘Misteri Alam Hitam’ dan setahun kemudian muncul dalam filem pertamanya ‘Karak’.

Kilafairy memakai tudung bersama seorang teman

Perubahan penampilan Kilafairy turut mendapat sokongan sejumlah insan seni termasuk rakan baiknya Neelofa dan sejumlah netizen.

Neelofa dalam video dalam Instagramnya berharap khilafairy melakukan sesuatu yang baik untuk kehidupan masa depan dan memperlihatkan mereka berdua bersembang dalam kereta.
Video mereka berdua turut dimuat naik dalam IG Kilafairy.
Muka depan IG Kilafairyofficial sudah memaparkan wajah baru iaitu Kilafairy bertudung.

@norzana1980 : Alhamdulillah...semoga @kilafairyofficial terus istiqomah berhijab smpi bila2, aamiin.❤❤❤ #neelofa #kilafairy

2
0
0
0
0
You will be interested