Insan & Komuniti 30 Mar, 2022

Video| Tinggalkan kehidupan di rumah! Berkampung di lapangan terbang! Tak tahan dibebel isteri!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GARA-GARA tidak tahan mendengar bebelan isteri dan anak-anak supaya meninggalkan tabiat mengambil minuman keras sehingga mabuk, seorang lelaki dari China sanggup 'kehilangan' tempat tinggal yang selesa di rumah dan merempat di kawasan awam.

Memetik laporan indiatime.com, Wi Jianguo nekad meninggalkan keluarga dan menjalani kehidupan bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang dirasakan seperti 'syurga' kepadanya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lapangan terbang


Penghijrahan ke lapangan terbang itu bukanlah baru sebaliknya dilalui sejak 14 tahun lalu.

Lelaki warga emas itu berkongsi dia mula menumpang teduh di lapangan terbang itu selepas sering bertengkar dengan isteri dan anak-anaknya lalu mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kehidupan yang menyerabutkan.

Jianguo mengakui dia tidak mampu  meninggalkan tabiat yang dilakukan sejak muda lagi sebaliknya menjadikan arak dan rokok adalah 'rakan karib'.



kata Jianguo dia kini bebas memilih untuk tidur di mana-mana dalam lapang terbang berkenaan. Malah menjadikan ruang menunggu terminal lapangan terbang berkenaan sebagai tempat menyimpan barangan.

Katanya, apabila penat, dia akan membuka keperluan itu dan tidur dengan selesa di ruangan menunggu.

Bekas pekerja kilang yang kini berusia 60-an itu berjanji untuk tidak mahu pulang ke rumahnya berikutan selesa dengan kehidupan yang dilaluinya walaupun sebatang kara.

“Saya tidak mahu pulang ke rumah kerana tiada kebebasan di sana. 

“Keluarga saya mengenakan syarat supaya berhenti merokok dan minum arak sekiranya mahu kembali bersama mereka di rumah tersebut," kongsinya.



Lebih mengejutkan, warga emas itu berkata, sekiranya dia kembali ke rumah bersama keluarganya dia perlu memberikan wang elaun bulanan kerajaan yang diperolehnya kepada keluarga.

"Jadi bagaimana saya mahu membeli rokok dan arak sekiranya wang itu diberikan kepada isteri dan anak-anak," katanya lagi.

Jianguo bukan individu pertama yang menjadikan lapangan terbang sebagai kediaman kerana sebelum ini pelarian Iran, Mehran Karimi Basseri pernah berkampung di lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle selama 18 tahun sejak 2006 sebelum dimasukkan ke hospital berikutan keadaan kesihatan. - KitaReporters


6
8
0
15
0
You will be interested