Insan & Komuniti 16 Nov, 2020

Suami masuk pusat pemulihan! AADK bantu isteri dan anak-anak

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KEHIDUPAN sebagai isteri yang tiada tempat bergantung apabila suaminya terpisah daripada keluarga selepas terbabit dengan penagihan dadah sememangnya memeritkan hati dan perasaan isteri yang mengalami keadaan tersebut. Itu yang dialami seorang wanita berusia 45 tahun dari Kampung Kerandang, Jabi, Setiu, Terengganu. : KitaReporters


Noor Hafizza Mat Zain (dua dari kiri) ketika berkunjung ke rumah wanita yang tinggal di sebuah rumah PPRT selepas suaminya berada di pusat pemulihan.


Lagi kisah-kisah berkaitan AADK:

https://kitareporters.com/search?search=aadk


Wanita berkenaan mengalami pengalaman pahit tersebut selepas suaminya dimasukkan ke pusat pemulihan dadah, justeru terpaksa mencari rezeki sendiri untuk menyara hidup keluarga

Malah wanita terbabit terpaksa menanggung derita kerana dia sendiri mengalami penyakit kencing manis menyebabkan usahanya untuk berkerja terhalang. 

Bagaimanapun, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Besut, yang memahami penderitaan hidup keluarga terbabit turun padang membantu wanita berkenaan kerana suaminya ditahan di pusat pemulihan. 

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zain berkata, wanita itu terpaksa bergantung harap kepada anak sulungnya yang berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan harian sebanyak RM20.


Ketua Pegawai AADK Besut Noor Hafizza Mat Zain


Katanya, pihak AADK mendapat maklumat bahawa keluarga seorang pelatih, yang menjalani pemulihan di Klinik Cure & Care (C&C) Bukit Mertajam, Pulau Pinang sejak awal tahun lalu, mengalami kesulitan selepas beliau dimasukkan ke pusat tersebut. 

Menurutnya, isteri kepada pelatih berkenaan kini tinggal bersama lima orang anak yang berusia 8 hingga 18 tahun di sebuah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

"Tiga daripada anaknya masih bersekolah iaitu yang berusia 8, 10 dan 13 tahun, manakala seorang lagi yang berusia 16 tahun tidak dapat bersekolah akibat kesempitan hidup,” katanya.


Noor Hafizza bersama seorang pegawai JKM Besut menyiapkan barang keperluan untuk diagihkan kepada keluarga penagih yang bermasalah.


Difahamkan pelatih berkenaan yang sebelum ini bekerja sebagai buruh bagi menyara keluarga pertama kali dimasukkan ke pusat pemulihan itu dan dijangka tamat tidak lama lagi. 

Tindakan agensi terbabit bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turun padang dan pergi ke rumah keluarga itu  bagi menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian sedikit sebanyak membantu meringankan beban wan ita terbabit. 

“Walaupun suami terbabit dengan dadah, tetapi atas sifat keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial, AADK terpaksa membantu mereka yang menghadapi masalah kemiskinan hidup,” katanya. - KitaReporters

20
7
4
3
2
You will be interested