Insan & Komuniti 20 Dec, 2021

Pembantu rumah aktor Taiwan kaya raya sekelip mata! Majikan tinggalkan emas, wang sebelum pergi!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


IKHLAS dalam melakukan tanggungjawab membuatkan seorang pekerja dari Indonesia bernama Yuli kaya dalam sekelip mata apabila majikannya, Chen Sung Young meninggalkan 'hadiah' kepadanya berupa wang dan emas.

Chen Sung Young merupakan aktor terkenal Taiwan dan meninggal dunia pada Jumaat, 17 Disember 2021 lalu pada usia 80 tahun. 

Namun mendiang majikan itu pernah meraih penghargaan Golden Horse Award untuk kategori Best Actor menerusi filem berjudul A City of Sadness, sebelum ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan keihklasan


Yuli bersama mendiang Chen Sung Young. - Kredit foto: Utaratime


Pada 2000, mendiang secara rasmi berundur dari dunia lakonan tetapi kadang-kadang muncul dalam beberapa buah filem dan drama. 

Pada usia yang makin lanjut, kesihatan mendiang mula merosot dan dijaga sepenuhnya oleh Yuli

Pada 2006, mendiang menderita strok dan ulser perut pula pada 2009. Kemudian pada tahun 2016, mendiang menghidap penyakit edem pulmonary.

Disebabkan hal tersebut, nama Yuli kini menjadi bualan media-media di Taiwan lapor portal Tribunnews.com.

Yuli bekerja sebagai pembantu rumah yang menjaga kebajikan aktor tersebut sehingga majikannya itu meninggal dunia. 

Namun disebabkan keikhlasan yuli, majikan selesa dengan tugas sehingga mereka menjadi rapat. Malah majikan sangat menyayangi pembantu itu yang banyak membantu menguruskan perjalanan hariannya.



Malah, dalam sebuah wawancara media, mendiang menjelaskan bahawa dia menganggap Yuli seperti anaknya sendiri

Dek kerana membalas jasa dan menghargai keikhlasan menjaganya, mendiang sempat mewariskan wang dan barangan kemas kepada Yuli.

Wah beruntung Yuli! Inilah harga sebuah kejujuran dan keikhlasan.

Menurut mendiang, dia mahu Yuli menggunakan hadiah itu untuk membeli tanah dan memulakan perniagaan di Indonesia.

Kini kehidupan Yuli kembali ke tanah air dan memulakan kehidupan lebih selesa dan menjalani lebih sempurna bersama keluarga di tanah air sendiri.

Inilah contoh keihlasan sebenar, walaupun mahu mencari rezeki namun keihlasan pada lubuk hati pasti sang pencipta mengetahui dan hari ini, Yuli  mendapat 'bayaran cash' daripada keihlasan berkenaan. 

Semoga Yuli terus bahagia!! - KitaReporters


Mendiang Chen Sung Young

 

12
11
0
14
1
You will be interested