https://kitareporters.com/search?search=kecantikan
Seorang wanita di Jepun bernama Mikishi, 25, yang mempunyai paras kurang menarik sanggup mengeluar perbelanjaan besar untuk memiliki wajah menarik. Hasilnya bentuk tubuhnya berubah hampir 100 peratus dan tidak dikenali orang ramai yang mengenalinya sebelum ini.
Mikishi mengaku menjalani sejumlah prosedur yang membuat wajahnya boleh cantik seperti sekarang.
Dia pertama kali melakukan ‘facial reshaping’ (pembentukan semula wajah) sehari setelah lulus sekolah menengah yang diteruskan dengan beberapa pembedahan lain.
"Aku berfikir bahawa aku tidak boleh meneruskan kehidupan seperti itu. Dan setelah lulus, aku memutuskan hubungan dengan rakan-rakan sekolah. Aku kemudian memberitahu emakku bahawa aku ingin melakukan pembedahan secepat mungkin,” kata Mikishi dalam postingan Twitternya.
Emak Mikishi menyedari betapa terganggunya mental anaknya, justeru sedia membiayai kos pembedahan sehari selepas Mikishi tamat persekolahan.
Sayangnya Mikishi tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan plastik itu kerana mahu kelihatan jauh lebih cantik.
Selain dibantu oleh orang tua, wanita berusia 25 tahun itu terpaksa melakukan pinjaman wang bagi melakukan pembedahan tersebut bagi mengatasi masalah depresinya.
Kini selepas mengeluarkan perbelanjaan besar, Mikishi berpuas hati dengan penampilan wajah barunya. Dia kelihatan jauh lebih cantik berbanding keadaan asal. - KitaReporters