Insan & Komuniti 26 Jul, 2021

Polis Terengganu jejak, santuni pengayuh beca! Mereka warga emas terkesan dengan PKP, COVID-19!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Rohaimi Md Isa (tengah) turun padang bagi menyantuni pengayuh-pengayuh beca di Kuala Terengganu.


PENGAYUH beca yang menjadi sebahagian ikon pelancongan bagi Negeri Terengganu, yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19 akibat tidak dapat mencari rezeki kerana penutupan sektor pelancongan, mendapat perhatian pihak keselamatan untuk membantu nasib golongan berkenaan.

Polis Kontinjen Terengganu antara agensi kerajaan  yang prihatin dengan nasib pengayuh beca negeri itu apabila tampil menjejak pengayuh beca yang masih beroperasi di negeri ini untuk diberikan sumbangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengayuh beca

Rohaimi menyampaikan sumbangan kepada seorang pengayuh beca di Kuala Terengganu


Seramai 20 orang pengayuh beca sekitar bandar raya Kuala Terengganu diberi perhatian apabila pasukan keselamatan tersebut turun padang bagi mengadakan pengagihan sumbangan barangan berbentuk keperluan dapur kepada mereka. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa mengetuai anggota pasukan turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada pengayuh pecara terbabit.

Menariknya, sumbangan barangan keperluan tersebut adalah sumbangan pegawai dan para anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, dengan mengumpulkan elaun-elaun COVID-19 yang diterima oleh mereka. 


Rohaimi  Md Isa


Menurut Rohaimi, golongan pengayuh beca merupakan antara golongan yang terkesan teruk oleh pandemik COVID-19, kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak dapat dijalankan pada musim ini.

Katanya, pihak JSPT yang tanpa jemu menjalankan rondaan lalu lintas jalan raya sering melihat keberadaan golongan pengayuh beca yang rata-rata terdiri daripada golongan warga emas, maka rasa terpanggil untuk membantu mereka.

"Ini merupakan satu sikap yang terpuji. Mereka sanggup mengorbankan elaun yang mereka terima untuk disumbangkan kepada warga pengayuh beca,” katanya.

Beliau berasa bangga dengan semangat dan sikap yang ada pada pegawai dan anggota pasukannya.

“Semoga ia menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengambil bahagian agar cakna kepada kesusahan orang di sekeliling kita," tambah beliau. - KitaReporters


Nasib pengayuh beca di Bandaraya Kuala Terengganu mendapat perhatian PDRM

3
1
1
1
1
You will be interested