Insan & Komuniti 19 Sep, 2020

Ular jadi topeng muka? Video pelitup muka ular jadi tular!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

BAGAIMANA agaknya perasaan anda ketika duduk di sebelah seorang penumpang sambil dalam hati seakan memuji: "Wah! Cantiknya topeng muka dia macam diperbuat daripada kulit ular sebenar. " Tak lama kemudian, anda melihat kepala yang serupa haiwan itu yang sebenar sedang melonggarkan lilitan pada muka tuannya dan mular menjalar. : KitaReporters

Rakaman lelaki bertopeng muka ular betul. : Video Alison Jones


Lagi cerita-cerita berkaitan ular:

https://kitareporters.com/tag/ular


Ramai yang bukan setakat geli melihat haiwan menjalar itu tetapi juga patukannya mampu membunuh. 

Tak hairanlah jika pemandu bas itu tahu apa yang `dibawa` oleh penumpang ini, mungkin awal-awal lagi dia tidak dibenarkan menaiki bas itu. Ini kerana perbuatan itu akan membuatkan semua penumpang lari keluar dari kenderaan.

Rehat sekejap...ular itu berehat di besi pemegang itu. - Kredit foto: Twitter Alison Jones


Inilah yang berlaku kepada penumpang sebuah bas di London, England apabila topeng muka seorang penumpang yang disangka macam ular rupa-rupanya memang ia binatang hidup yang sedang menutup muka tuannya

Dengan selamba lelaki berkenaan mengusup ularnya yang mungkin haiwan belaan sejak kecil.

Agensi berita BBC yang memetik catatan seorang penumpang Alison Jones dalam Twitter yang merakamkan lelaki itu kelihatan duduk tenang bersendirian pada mulanya menyangkakan dia menggunakan topeng muka yang macam diperbuat daripada kulit ular.

Rupa-rupanya dia sedang bergaya dengan seekor ular yang melilit bahagian leher sehingga ke hidungnya sebagai `topeng muka`. Kejadian itu berlaku 14 September lalu dan menjadi viral ke seluruh dunia.

Ha berani dekat... gambar oleh Alison Jones @Mcrfinest


Sejak wabak Covid-19 yang melanda sedunia, banyak negara termasuk Malaysia yang mewajibkan pemakaian pelitup muka sebagai satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bila keluar rumah bagi menggelakkan merebak jangkitan wabak berkenaan. 

Di Malaysia mereka yang tidak memakai topeng muka berdepan dengan kemungkinan didenda RM1,000.

Sebelum itu, BBC melaporkan penumpang yang duduk di sebelah lelaki itu menyangkakan dia memakai topeng yang luar biasa sehinggalah dia melihat reptilia itu menyusur keluar daripada lilitan di mukanya dan `berehat` di tempat pemegang penumpang. 

Walaupun penumpang itu mendapati peristiwa itu sebagai sesuatu yang melucukan, penumpang lain tidak memberi sebarang reaksi kepada perbuatannya. KitaReporters

1
6
1
2
0
You will be interested