Insan & Komuniti 01 Aug, 2020

Sultan T'ganu perkenan semua aktiviti agama di masjid, surau

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

MASYARAKAT Islam di Terengganu kini boleh mengadakan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di rumah ibadat termasuk masjid dan surau seluruh negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  COVID19 berkuat kuasa hari ini, 1 Ogos 2020. Ini selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberikan perkenan tuanku. : KitaReporters

Umat Islam di Terengganu menyertai solat sunat Aidiladha pada 31 Julai 2020


Sultan Terengganu telah memberikan perkenan kepada umat Islam  untuk membenarkan menjalankan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di premis berkenaan. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda, berkata, kebenaran perluasan aktiviti-aktiviti tersebut tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda 


Katanya, kebenaran menyampaikan kuliah atau pengajaran agama kepada semua pemegang tauliah yang dilantik MAIDAM turut diberikan.

Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki membuat pemantauan supaya SOP dipatuhi semua yang terlibat.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada arahan pihak berkuasa.” katanya dalam satu kenyataan media pada 31 Julai 2020.

Kenyataan Media MAIDAM


"Sultan Mizan Zainal Abidin juga menyeru kepada rakyat jelata supaya tidak mengambil ringan akan arahan pihak berkuasa dalam mendepani wabak COVID-19," tambah Osman.

 Kenyataan Media


Bagaimanapun  kebenaran mengadakan aktiviti berkenaan kepada penganjur atau jawatankuasa masjid dan surau perlulah mematuhi perkara berikut:

  • 1) Individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sakit tekak tidak dibenar hadir termasuk yang mempunyai sakit kronik.
  • 2) Kanak-kanak berumur lima belas (15) tahun ke bawah dan warganegara asing adalah dilarang hadir solat jumaat dan solat fardu lima (5) waktu dalam tempoh PKPP.
  • 3) Jemaah diwajibkan mematuhi penjarakan sosial
  • 4) Jemaah diwajibkan memakai pelitup muka.
  • 5) Jemaah tidak dibenarkan bersentuhan antara satu sama lain termasuk bersalaman sepanjang berada di masjid atau surau. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested