"ORANG yang pernah melalui peristiwa ini akan tahu betapa hiba dan sedih kehilangan kerana saya sendiri sampai sekarang setiap minggu menziarahi pusara suami dan masih `bercakap-cakap` dengan arwah walaupun saya tidak nampak dirinya," demikian kata seorang netizen, Rossa Rose.
Seorang lagi netizen, Anita Nita yang menambah komennya hanya mereka senasib dengan Shuib tahu macam mana peritnya melalui hari-hari seterusnya tanpa orang yang sentiasa di sisi, baik waktu gembira mahupun pada kala duka.
"Makin lama semakin perit merindukan dia kan.... Allah berikan kita semua ujian ini," katanya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Mereka meluahkan rasa sedih dan hiba dan bersama-sama merasai kesedihan yang dilalui Shuib atau Shahmira Muhamad yang menziarahi pusara isterinya yang dimuat naik dalalm Instagramnya.
"Boleh jumpa, cuma lain suasana." Itu saja yang termampu dicatatkan oleh pengasas BubbleBee Malaysia yang juga bekas juara Maharaja Lawak, Shuib Sepahtu dalam Instagramnya pada 4 September 2021 ketika menziarahi pusara arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk melepaskan rindu seorang suami.
Tak dinafikan, pemergian Allahyarham Siti Sarah bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam buat Shuib dan ahli keluarga malah seluruh rakyat Malaysia.
Video memaparkan Shuib yang berbaju Melayu berwarna hitam memasuki Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak untuk menziarahi kubur Allahyarham isterinya, Siti Sarah.
Shuib hilang isteri, saya anak....Rabiatul `Adawiyah. - Kredit gambar: FB Rabiatul `Adawiyah.
Rabiatul `Adawiyah Ibrahim dalam komen panjang lebarnya turut menceritakan detik sama yang dilaluinya ketika Siti Sarah meninggal dunia, tiga hari selepas itu dia pula bersalin.
"Anak syurga saya berumur lima bulan dua minggu. Sama dengan keadaan Siti Sarah, saya juga bimbang terkena Covid ketika hamil. Namun Allah lebih mengetahui dan akhirnya dia lahir 7 Ogos dan pulang ke rahmatullah. Dan hari ini saya masih dalam pantang 29 hari," katanya.
Intan Zam pula berkata dia kehilangan suami empat tahun lalu tetapi perasaan rindunya masih tebal lagi. "Tidak dinafikan yang bercerai mati amat terasa pilunya daripada bercerai hidup. Sabar dan tabahkan dirimu, Shuib," katanya.
Sementara itu seorang peminat arwah Siti Sarah dari Indonesia juga berterima kasih kepada "Admin... saya peminat arwah dari sejak dulu.. tapi saya follow arwah dekat ig saja.. peminat dari jauh bumi indonesia..terdetik di hati kalaulah saya dapat pergi ke kubur arwah... Al fatihah."
Sementara itu Shuib turut meminta peminat Siti Sarah supaya jangan memuat naik gambar atau video isterinya yang tidak bertudung atau berpakaian tidak sempurna demi menjaga aibnya.
Beliau juga meminta supaya peminat jangan terlalu membesar-besarkan kebaikan arwah. "Bersederhanalah... Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT," tulisnya.
Dalam perkembangan terbaharunya, Shuib bersama-sama tiga anaknya kelihatan gembira menyiapkan bilik kelengkapan anak bongsunya.
Keadaan Ayash Affan sudah semakin baik dan kini bayi berkenaan dibantu dengan titisan susu ibu oleh sepupu Shuib yang kebetulan bersalin dan mempunyai anak berusia enam bulan.
Bayi arwah Siti Sarah dilahirkan secara pembedahan pada 6 Ogos 2021 lalu, sebelum arwah Siti Sarah ditidurkan. Kini dikatakan sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijangka dapat dibawa pulang tidak lama lagi.
Tiga hari selepas melahirkan bayinya, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas paras oksigennya turun pada tahap membimbangkan akibat Covid-19.
Pasangan itu berkahwin 11 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Maaflah baju tak bergosok. - Kredit gambar: FB Shuibsepahtu.
Ada ketikanya Shuib seolah-olah mengadu kepada netizen tentang kerinduan yang tiada penghujung sehinggalah ketika dia mengenakan sehelai kemeja-T tidak bergosok pun, dia rasa sangat-sangat malu. "Maaflah baju tidak bergosok. Kalu dulu adalah orang yang mengosoknya."
Sementara itu ketika mengambil suntikan vaksin, Shuib dalam hantaran Facebooknya memberitahu, "Cukuplah Allah sebaik bagiku. Sebaik-baik Penjaga. Sebaik-baik Penolong. Allah Maha Besar" sambil hastag #SecondDoseDone. Alhamdulillah. #SekadarIkhtiar #Vaksin.
Seramai 36k yang `suka` gambar itu mengucapkan alhamdulillah dan mereka mendoakan semoga ShuibSepahtu selalu diberikan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Allah SWT. - KitaReporters