Kisah Insan 21 Dec, 2021

Video| Haiwan juga makhluk Allah! Kasihani, bantu haiwan ketika banjir! Mohon salurkan bantuan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan juga pernah bertugas di majalah Variapop. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf.

Share this

Mangsa-mangsa banjir diselamatkan. - Kredit foto: Instagram Hishammuddin Hussein


SEPANJANG 17, 18 dan 19 Disember 2021 lalu hujan mula turun dengan lebatnya di pantai barat Malaysia terutamanya Lembah Klang. Fenomena luar biasa ini telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur dan sebahagian besar negeri Selangor mengalami banjir besar.

Berlaku begitu pantas dan tidak disangka-sangka menyebabkan kebanyakan penduduk terkandas dan harta benda musnah dalam sekelip mata. Walaupun sudah surut, namun kesannya tetap kelihatan tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan banjir


Keadaan selepas banjir ibarat padang jarak padang terkukur. - Kredit Foto: Kosmo Online


Dalam musibah yang melanda, dapat dilihat sifat prihatin dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tidak kira agama dan bangsa begitu tinggi. Sesuatu yang harus dibanggakan.

Bukan sahaja sesama manusia, kesungguhan segelintir masyarakat menyelamatkan haiwan sama ada yang dijaga atau terbiar, sangat menyentuh perasaan. 


Anjing-anjing ini akhirnya berjaya dibawa ke kawasan selamat.


Perlu diingat, walaupun banjir telah surut namun kita perlu berjaga-jaga kerana negara masih dalam tempoh musim monsun timur laut atau dikenali sebagai musim tengkujuh sehingga Mac 2022.

Justeru, bencana yang berlaku ini seharusnya dijadikan pengajaran dan pengalaman berguna

Jadi, dalam kita sibuk menyelamatkan diri dan keluarga, janganlah lupa pada haiwan peliharaan atau liar yang terkesan.

Pasti anda sudah melihat banyak video tular menunjukkan pelbagai jenis haiwan sama ada peliharaan, liar atau buas keluar menyelamatkan diri daripada banjir. 

Antara haiwan yang terkesan dengan banjir ialah kucing, anjing dan haiwan ternakan.




Justeru, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menerusi laman Facebook rasmi mereka menyeru agar orang ramai agar prihatin terhadap haiwan yang terjejas.

Berikut adalah tip yang dikongsi oleh SAFM bagi menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaan dan terbiar.

1. Buka sangkar, rantai atau apa-apa yang boleh menghalang jalan keluar haiwan.

2. Bawa haiwan ke tempat yang lebih tinggi.

3. Pastikan mereka kering daripada basah air yang boleh menyebabkan jatuh sakit.

4. Beri makanan dan air minum bersih.

5. Tempatkan mereka di kawasan berteduh sementara hujan.

6. Tutup pintu rumah dan kereta untuk elakkan haiwan liar seperti biawak dan ular masuk.

7. Jangan pukul atau bunuh haiwan liar. Hubungi Jabatan Perhilitan, JPAM atau bomba untuk tangkap secara selamat.

8. Pastikan diri anda selamat terdahulu sebelum cuba menyelamatkan haiwan.




Selain itu, SAFM juga membuka tabung dana bantuan haiwan-haiwan dan penjaga yang terjejas. Bagi sesiapa yang mahu membantu, boleh salurkan bantuan anda ke akaun bank Affinbank 10004023409 atas nama Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM).

Marilah kita ringankan beban mangsa-mangsa banjir. Sumbangan anda akan diberi kepada mereka dalam bentuk makanan, ubatan dan barang asas. - KitaReporters


11
15
0
13
0
You will be interested

Semuanya kerana wang! Wanita mengaku terlantar lumpuh! Terima lebih RM3.25j sejak 13 tahun menipu!

Frances Noble di Hertfordshire, London sanggup mengaku dirinya lumpuh dan terlantar untuk dapat peruntukan kewangan yang disediakan bagi individu yang tak sihat

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 1 day ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 2 days ago

Video| Doakan semoga segera sembuh! Emak patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk! - Anak

Emak cedera parah dengan patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk. Sudah sedarkan diri tetapi masih dalam pemantuan di Hospital Pulau Pinang - Yaya Gani
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 days ago

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago