Insan 23 Jul, 2020

Abang nekad campak adik dan terjun! Demi selamatkan nyawa!

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this

TINDAKAN pantas dua kanak-kanak yang nekad terjun dari ketinggian 12 meter (40 kaki) flat kediaman mereka di Grenoble, Perancis, ketika api sedang marak dianggap sesuatu yang berani demi menyelamatkan nyawa, baru-baru ini. Memetik laporan Dailymail.com, detik mendebarkan itu berlaku ketika dua beradik masing-masing berusia 10 dan tiga tahun ditinggalkan bersendirian dan dikunci dari arah luar rumah mereka di tingkat tiga flat berkenaan. : KitaReporters

BERANI...melepaskan adik yang berusia tiga tahun terlebih dahulu sebelum nekad terjun demi menyelamatkan diri. - Kredit foto: Facebook Souhaila Saidi


Mungkin melihat api yang semakin marak memenuhi rumahnya membuatkan abang yang berusia 10 tahun itu tidak memikirkan perkara selain mahu menyelamatkan nyawa mereka berdua.

Nasib baik cepat bertindak…

Si abang pada awalnya nekad mencampak adiknya ke bawah untuk disambut oleh orang ramai sebelum berani melompat dari ketinggian itu demi menyelamat diri.

Namun dia bernasib baik kerana ada orang yang melalui kawasan itu dan bersedia menyambut adiknya.

TINDAKAN cepat tersebut berjaya menyelamatkan nyawa dua beradik yang ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa mereka. - Kredit foto: Twitter @oumsedia69


Nasib baik!!! Jika tiada mati katak si adik tu!!

Orang awam yang  menyelamatkan dua beradik itu, Athouani Walid, berkata dia mendengar tangisan kanak-kanak berkenaan ketika melalui kawasan itu dan terus bergegas ke tempat tersebut untuk bersedia menyambut kanak-kanak berkenaan.

“Saya terus bergegas selepas mendengar tangisan kanak-kanak dan melihat api sedang marak dari arah dalam kediaman berkenaan,” ujarnya yang turut mengalami patah tangan akibat menyambut kanak-kanak berkenaan.

Dia yang juga merupakan pelajar memberitahu, mendengar jeritan kuat daripada dua beradik berkenaan sambil meminta tolong.

ORANG RAMAI menyambut adik dari aras tiga selepas berlaku kebakaran di rumahnya di bandar Grenoble, perancis baru-baru ini.


“Ketika itu api sedang marak dan letupan turut berlaku di kawasan berkenaan menyebabkan dua kanak-kanak berada dalam ketakutan,” ujarnya lagi. 

Malah, si abang menjerit meminta tolong sambil memberitahu dia tidak mempunyai kunci untuk keluar dan menyelamat diri.

Syukur tindakan pantas dua beradik akhirnya mereka berjaya diselamatkan.

Malah pihak bomba yang tiba di lokasi itu turut memberitahu kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan hanya sesak nafas akibat tertelan asap.

Pihak berkuasa telah menjalan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Malah ibu bapa kanak-kanak berkenaan juga turut disiasat kerana meninggalkan anak dalam keadaaan bahaya. - KitaReporters

You will be interested

Mulia sungguh guru, staf SK Lemoi! Tak abai anak Orang Asli!

4 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands hantar lembaran kerja, bahan belajar kepada anak-anak Orang Asli di empat perkampungan jauh dekat hutan

Adnan Mohamad in Insan 2 days ago

Budak 14 tahun! Pelajar paling muda miliki ijazah di India!

Seorang budak 14 tahun dari Hyderab, Agastya Jaiswal menjadi pelajar paling muda di India yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti
Zuhayati Yazid in Insan 20 hours ago

Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!

Sudah dua bulan Nur Fazura dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya namun wajah penuh anak comel itu belum didedahkan maka timbullah tohmahan anak itu sumbing
Fariza Saidin in Insan 23 hours ago

Dikurung selama 28 tahun! Oleh ibu sendiri di dalam biliknya

Seorang ibu kurung anak lelakinya sendiri di bilik di flat kediamannya di Haninge, Stockholm. Mengejutkan anak itu dikurung selama 28 tahun sejak usia 12 tahun
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

Di sebalik ujian ada rahmat! Di sebalik kesusahan ada Ebit!

"Di mana ada kesusahan, di situ ada Ustaz Ebit Lew." Mungkin itu ayat yang tepat untuk gambarkan keprihatinan Ebit Lew dalam laksanakan segala macam kerja amal
Fariza Saidin in Insan 2 days ago