Insan & Komuniti 25 Nov, 2020

Tolong kami! Pondok Lubuk Periuk bimbang terputus bekalan!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

BENCANA banjir melanda Pantai Timur setiap kali tengkujuh pastinya meninggalkan 1001 cerita bagi yang alaminya. Tidak terkecuali di Madrasah Addiniah Azzakiah di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu kerana pernah lalui pengalaman terputus bekalan makanan. : KitaReporters


Pondok Lubuk Periuk sering dilanda banjir apabila musim tengkujuh melanda Pantai Timur. 


Lagi kisah-kisah pondok: 

https://kitareporters.com/search?search=pondok


Dek kerana itulah, pihak pengurusan madrasah yang lebih dikenali sebagai Pondok Lubuk Periuk ini diselubungi kebimbangan sekiranya peristiwa sama terjadi kembali tengkujuh kali ini jika tiada persiapan awal dilakukan.

Mudirnya, Zaki Masur berkata pengalaman dilalui mereka ketika banjir tahun 2019 itu menyebabkan pihaknya terpaksa berhutang terlebih dahulu di kedai sebelum ketibaan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO).



Sepanjang musim tengkujuh, pondok ini pasti berhadapan banjir antara lima hingga tujuh kali ekoran limpahan Sungai Peneh sekiranya hujan lebat berterusan seharian. Ada ketikanya kami tidak dapat jangkakan banjir berlaku.

“Sekiranya tiada persiapan awal kami di sini akan berhadapan risiko terputus bekalan makanan sebagaimana dilalui tahun lalu (2019). Memandangkan keadaan ketika itu, kami terpaksa dapatkan barang secara berhutang dahulu di kedai kerana sumber kewangan terhad.

“Tentunya kami bimbang jika keadaan sama dilalui pada musim banjir kali ini. Kawasan madrasah ini akan digenangi air mencecah lebih satu meter dan kami tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana masih ada bangunan tinggi di sini,” katanya ketika ditemui KitaReporters. 


Permohonan bantuan atau sumbangan orang ramai untuk madrasah turut tular dalam media sosial khususnya WhatsApp.


Tambah Zaki, tidak mahu peristiwa sama dialami sekiranya banjir melanda kali ini pihaknya mengalu-alukan sumbangan barang makanan serta keperluan harian daripada pelbagai pihak dan perkara itu turut dimaklumkan menerusi media sosial khususnya aplikasi WhatsApp.

Katanya lagi, pondok yang mula diasaskan sejak lima tahun lalu itu kini mempunyai hampir 60 individu termasuk pelajar, tenaga pengajar serta ahi keluarga dan kejadian banjir terbaharu dilalui mereka ialah pada 17 November 2020.


Zaki menunjukkan paras air banjir tahun lalu kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd yang memantau perkembangan banjir pada 18 November 2020.



Menceritakan detik tersebut, Zaki berkata kedalaman air ketika itu hampir satu meter dan pihaknya menyifatkan ia di luar jangkaan kerana biasanya banjir melanda antara sekitar akhir November hingga Disember.

“Hujan berterusan sehari sebelum kawasan ini dinaiki air menyebabkan madsarah digenangi air bermula sekitar 7 malam, namun mulai surut menjelang tengah hari keesokan harinya.

“Syukurlah banjir sekejap sahaja kerana ketika itu stok bekalan makanan ada hanya mampu bertahan bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja. Sekiranya berpanjangan, mungkin kami akan melalui pengalaman sama seperti tengkujuh tahun lalu,” ujarnya.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin salurkan bantuan khususnya dari segi kewangan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB, Madrasah Addiniah Azzakiah (8603126019). - KitaReporters 


Zaki (dua dari kanan) mewakili pihak madrasah menerima sumbangan bantuan banjir pada tahun 2019.

2
0
1
0
0
You will be interested