TERKEJUT selepas membuat imbasan mendapati sebilah gunting tertinggal di dalam perut warga emas. - Kredit foto: Mirror.co.uk
MELALUI episod pembedahan pasti meninggalkan trauma, apa tidaknya menahan sakit selepas tempoh itu pasti meninggalkan kenangan pahit dalam kehidupan seseorang selain tidak selesa menunggu pulih sepenuhnya.
Kisah sama turut berlaku seorang wanita warga emas
dari Turki apabila berdepan detik hitam ketika menjalani pembedahan di sebuah
hospital swasta di bandar Kusadasi, Turki, pada Mac 2021 lalu.
Memetik laporan mirror.co.uk, Nurcihan Ogemen dari wilayah Aydin, barat daya Turki itu dibenarkan pulang ke rumah selepas sehari menjalani
pembedahan walaupun keadaan masih lemah.
Namun keterujaan untuk pulang ke rumah supaya lebih selesa selepas menjalani pembedahan itu tidak berpanjangan apabila wanita berusia 61 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut selain terdapat kesan bengkak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembedahan
NURCIHAN Ogemen membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kecuaian pasukan doktor yang membuat pembedahan pada bahagian perutnya, pada Mac 2021 lalu.
Dia kemudian ditemani suaminya kembali ke hospital mengadu kesakitan yang dialami. Namun keluhan ibu kepada tujuh cahaya mata itu tidak membawa apa-apa kesan kerana doktor yang merawatnya tidak mahu mendengar rintihan berkenaan selain meminta dia bersabar.
Malah doktor berkenaan menyatakan situasi yang dialami adalah normal bagi seseorang yang pernah menjalani pembedahan.
Namun kesakitan itu berterusan selama dua bulan sebelum wanita warga emas itu mengambil keputusan pergi ke hospital lain bagi menjalani rawatan susulan.
Apa yang mengejutkan adalah apabila laporan imbasan
X-ray mendapati terdapat sebilah gunting tersangkut pada bahagian kiri
abdomennya.
Masya-Allah patutlah sakit… rupanya gunting itu
penyebabnya!
Gunting tu juga dipercayai tertinggal di dalam perut wanita itu ketika menjalani prosedur pembedahan Mac 2021 lalu.
Tanpa melengahkan masa, Nurcihan kemudiannya bertemu semula dengan doktor yang melakukan pembedahan awal bagi mengeluarkan semula gunting itu. Akhirnya, gunting itu berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan segera yang berlangsung selama dua jam.
Kesiannya… sakit yang pembedahan lama pun belum pulih mahu dilakukan pembedahan baru pulak!
Syukurlah semuanya selesai dengan baik dan tiada kecederaan berlaku.
Walaupun tidak pulih sepenuhnya, namun Nurcihan bersyukur keadaan semakin baik dan tidak lagi menanggung kesakitan. Malah sehingga kini katanya sakit itu masih dirasai namun tidak sekuat sebelum ini.
Nurcihan kemudian membuat laporan kepada pihak
berkuasa berkenaan kecuaian pakar yang melakukan pembedahan tersebut.
Semoga pengalaman yang dialami Nurcihan dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati! - KitaReporters
BERSYUKUR semuanya selesai dengan baik walaupun kesakitan kesan daripada itu masih dirasai sehingga kini.