Insan & Komuniti 11 Feb, 2021

Megxit: Ratu Elizabeth bakal kehilangan Putera Harry selamanya! Jadi warga Amerika Syarikat!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Sayang nenda.. Gambar Kumparan.com


RATU England, Elizabeth II mungkin `kehilangan` cucu kesayangannya sebaik saja Putera Harry dan isterinya Meghan Markle kekal dengan keputusan mereka untuk melepaskan gelaran secara rasminya sebagai keluarga diraja yang bekerja apabila tempoh percubaan setahun berakhir Mac 2021.

Jika benar pasangan mahu  terus menjadi`orang biasa` sejak tahun lalu, hubungan nenda dan cucu ini akan `terputus` lebih-lebih lagi ada khabar angin, Harry dijangka memilih menetap dan `menjadi` warga Amerika.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Putera Harry:

https://kitareporters.com/search?search=putera+harry



Agensi berita Express.co.uk melaporkan berdasarkan minat Harry melabur `berlebihan` di negara itu mungkin mendorong bekas Duke of Sussex itu, memohon menjadi `orang` Amerika, sekali gus Harry dijangka menyambung niat mendiang ibunya, Puteri Diana yang mahu tinggal di negara itu.

Dalam satu perbincangan dalam Podcast, Richard Bowie dan Roberta Fiorito membuat kesimpulan Harry mungkin memohon kerakyataan Amerika untuk mengikut jejak Puteri Diana, yang selepas bercerai dengan Putera Charles memilih untuk ke New York dan dijangka berlakon filem tajaan pasangannya, Dody Fayed.

"Amerika dan UK ada ikatan yang lama dan mungkin Harry dewasa dengan menonton filem dan media dari sini. memang sesuai Harry mengikut jejak ibunya," katanya.



Laporan Agensi Media/Berita, AmoMama Nostlagia, menyifatkan Ratu Elizabeth `sangat terluka` selepas Harry dan Meghan membuat keputusan keluar istana dan berhijrah ke Amerika pada tahun 2020

Malah ratu juga dilaporkan sangat sayangkan Harry kerana hubungan mereka `bebas` sebagai keluarga sepenuhnya dan tidak berasaskan bisnes menjadi pengganti raja.

Berbanding abangnya William yang dikatakan bersifat serius dan tenang,  Harry pandai mengambil hati nendanya dengan perangai lucu dan jujur dalam membawa diri dalam kalangan keluarga istana.

Ratu dikatakan `lemah lutut` dan `jatuh hati` sepenuhnya dengan perangai Putera Harry, cucu yang menduduki senarai ke-6 sebagai pemilik takhta kerajaan Britain selepas Putera Willian dan cicitnya iaitu anak-anak Kate Middleton. 

Harry tidak mempunyai kepentingan terdesak untuk menaiki takhta dan Ratu pula tidak memilih darjat untuk mencurahkan kasih sayangnya.


Kredit foto: Town and Country Magazine


Malah Ratu juga dikatakan mengetepikan banyak istadat istana dengan menjemput Meghan yang masih menjadi teman wanita Harry untuk sambutan Krismas dan menghadiri majlis keagamaan dan turut mengajak besannya, ibu Meghan meraikan sambutan perayaan di istana.  

Harry dan Meghan memohon pelepasan tugasan diraja kerana mereka mahu berdikari mencari kewangan dan mahu merasai hidup orang biasa. Langkah awal Harry membina keluarganya dengan berhijrah ke tanah jajahan Britain, Kanada sebelum ke bumi Uncle Sam, Amerika Syarikat. 

Ada tuduhan Harry `ikut isterinya` yang ingin kembali ke dunia Hollywood. Ini berikutan kejayaan mereka menjalin kerjasama perniagaan bernilai berbilion-bilion dollar dengan Neftlix dan Sporty.

Malah ada khabar angin mengatakan Meghan `melarikan diri` dengan balik ke kampungnya di Kanada sebelum dia dan Harry berpindah ke AS dan kini menetap di California disebabkan tumpuan paparazi di bumi England sangat keterlaluan mungkin mengancam nyawanya. 


Kredit foto: LA TImes


Penulis buku Diana, Her Story, Andrew Morton menyifatkan Meghan mungkin terancam akibat tumpuan media massa itu kerana dia dan Diana berkongsi sifat sama, glamor, feminim,`lasak` dan bersuara lantang.

Tempoh percubaan berakhir Mac membuat ramai penganalisis politik diraja itu menyebut, sekiranya Harry tetap dengan pendiriannya, maka Ratu Elizabeth mungkin kehilangan cucu yang paling akrab. Biarpun patah hati dengan keputusan itu, Ratu tidak tunjukkan pada air mukanya. 

Tapi gerak geri dan `bahasa badannya` diketahui semua orang.

Malah ketika bonda Harry meninggal dalam kemalangan di Paris, Ratu melarikan diri dari London, menyepikan dirinya di istana hinggap dan muncul selepas rakyatnya bersuara memintanya tunjukkan diri. 


Kredit foto: Hello! Magazine


Malah sejak kecil lagi dan sementelah dengan kehilangan Puteri Diana, Ratu Elizabeth `menjadikan` Harry cucu paling disayanginya, kerap dirakamkan gambarnya memimpin tangan Harry dan mendambakan segala kemahuan cucunya itu, termasuk melayan Meghan yang kadangkala luar batasan dirinya sebagai Raja.

Dengan William, Ratu dikatakan mempunyai ikatan separuh keluarga dan separuh lagi `bisnes` kerana putera itu  bakal menjadi pengganti takhta kerajaan selepas ayahnya, Putera Charles.

Macam kata pepatah Itali, bila ada masalah carilah nenek. 

Harry bukan setakat bijak mencuri hati nendanya tetapi ketika terketar-ketar berucap mengenai keputusannya melepaskan taraf diraja itu, jauh di dalam hatinya dia sangat bimbangkan kesihatan neneknya. - KitaReportes



2
3
3
1
1
You will be interested