Insan & Komuniti 05 Feb, 2022

Video| Jurunikah meninggal mengejut! Ketika sedang lafazkan akad nikah kepada pengantin lelaki!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto : Tribunnews.com


KISAH sedih dan memilukan berlaku ke atas seorang jurunikah atau penghulu apabila dia pengsan dan terjatuh sebelum meninggal dunia ketika sedang melafazkan akad nikah kepada pengantin lelaki di Desa Baturetno, Kecamatan Singosari, Kabupaten Malang, Jawa Timur pada 31 Januari 2021 lalu.

Peristiwa itu sempat viral dalam media sosial kerana ia diabadikan oleh seorang ahli keluarga pengantin terbabit.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan meninggal dunia

SUPAAT menundukkan muka dalam keadaan tubuhnya tidak bermaya sebelum dia jatuh tersungkur dan meninggal dunia pada 31 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


Kredit foto : Tribunnews.com


Jurunikah itu yang benama Supaat, 55, meninggal dunia ketika memimpin upacara akad nikah ke atas seorang pengantin lelaki menyebabkan majlis pernikahan yang belum selesai ketika itu menjadi kecoh seketika.

Sebelum kejadian itu, mengikut laporan tvonenews.com pada 1 Februari 2022 lalu, Supaat dilihat membaca ucapan ijab kabul di hadapan mempelai lelaki terbabit di rumah pengantin wanita.



Selepas itu, Supaat secara tiba-tiba menjadi sesak nafas dan tubuhnya tidak bermaya sebelum  jurunikah itu rebah di tempat acara akad nikad dilangsungkan.

‘’Sebelum terjatuh itu, salah seorang ahli keluarga pengantin terbabit memberi air putih dan membasuh muka jurunikah itu.

‘’Namun nyawa dia (Supaat) tidak dapat diselamatkan dan selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri, dia meninggal dunia di situ dan upacara akad nikah kedua-dua pengantin itu menjadi kecoh dan terpaksa diberhentikan,’’ kata tvonenews.com.


SEORANG ahli keluarga pengantin lelaki menyapu air di muka Supaat selepas dia didapati tubuhnya tidak bermaya sebelum meninggal dunia ketika melafazkan akad nikah kepada pengantin lelaki. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Walaupun Supaat dipercayai sudah meninggal dunia tetapi para tetamu yang hadir di majlis itu membawa juga mayat jurunikah berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan tetapi doktor mengesahkan jurunikah itu sudah meninggal di rumah pengantin wanita.

‘’Majlis pernikahan kedua-dua mempelai terbabit dihentikan buat seketika dan ia diteruskan semula setelah tiba jurunikah lain yang dijemput untuk melaksanakan upacara akad nikad pengantin terbabit,’’ katanya.


SUPAAT jatuh tersungkur dan meninggal dunia. - Kredit foto: Tribunnews.com


Sementara itu, difahamkan, punca Supaat meninggal dunia adalah kerana dia menghidapi penyakit darah tinggi

Sebelum hadir ke rumah pengantin wanita untuk melakukan upacara akad nikah, Supaat dikatakan makan nasi berlauk gulai kambing dan sate di rumahnya.

‘’Supaat dipercayai meninggal dunia akibat diserang penyakit darah tinggi ketika dia sedang menjalankan proses akad nikah kedua-dua pengantin terbabit,’’ kata tvonenews.com. - KitaReporters


Kredit foto: tvonenews.com

11
11
0
14
0
You will be interested