GAMBAR hiasan... pembelajaran dalam talian diteruskan walaupun keadaan pandemik Covid-19
SEMENJAK dunia didatangi ‘tetamu tidak diundang’ semua pergerakan menjadi terbatas tidak lagi sebebas dahulu.
Lebih menyedihkan lagi semua urusan tidak lagi dapat
diteruskan dan perlu menjalani kehidupan dengan norma baharu dan hanya berkurung di rumah 24 jam.
Malah sesi persekolahan juga perlu dilalui secara dalam talian sahaja tanpa perlu pertemuan bersemuka lagi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelajaran online
Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan pebagai masalah, lagi-lagi berdepan dengan murid yang masih kecil untuk kekal di hadapan telefon bimbit atau komputer bagi menjalani sesi pembelajaran.
Berurusan dengan si kecil bukan sesuatu yang mudah! Semuanya
perlu kesabaran pada tahap paling tinggi dalam kalangan guru-guru.
Itu belum lagi gangguan lain ketika menjalani kelas-kelas dalam talian. Tapi apa boleh buat? Lalui dengan tenang dan sabar.
Terbaharu seorang guru berkongsi pengalaman diri berdepan dengan pelbagai ragam murid-muridnya ketika menjalani kelas dalam talian.
Perkongsian cikgu berkenaan yang menggunakan nama @teacher_sha69 menerusi aplikasi TikToknya mencuri tumpuan netizen dengan komen melucukan selain meminta dia banyak bersabar melaluinya.
Dalam video yang dimuat naik kelihatan Teacher Sha ini
sedang mengadakan kelas dalam talian. Namun tiba-tiba terdengar suara riuh kedengaran
sehingga mengganggu kelas berkenaan
Terkejut dengan bunyi riuh tersebut, Teacher Sha bertanyakan pada anak muridnya.
“Ya Allah rumah sapa tu? Eh Yaya kenapa tu”, Tanya Teacher
Sha kepada murid.
Namun jawapan yang diberikan muridnya itu sangat
mengejutkan guru berkenaan.
Kata Yaya bunyi riuh itu adalah suara ibunya yang
sedang memasak di dapur.
Malah Teacher Sha sangat terkejut kerana bunyi bising
itu seperti berlaku pergaduhan besar ekoran bunyi yang bising dan bingit.
Apa boleh buat bersabarlah wahai cikgu-cikgu semua.
Terdahulu Teacher Sha juga memuat naik video yang menunjukkan dia menerima ‘gangguan’ ketika kelas dalam talian sedang dijalankan.
Kejadian itu berpunca apabila muridnya tidak menutup
mikrofon komputernya menyebabkan bunyi ayam berkokok keluar sehingga mengganggu kosentrasi dan tugasnya mengajar.
Namun Teacher Sha hanya tersenyum sambil beristigfar sebelum meminta muridnya menutup mikrofon di komputer berkenaan supaya dapat memberi tumpuan ketika dia sedang menyampaikan ilmu.
Tabahlah wahai cikgu! Pelbagai ragam kalian perlu lalui hari ini… Tapi demi anak bangsa cikgu tetap lalui dengan tenang.
Terima Kasih cikgu... Jasamu dikenang sampai bila-bila! - KitaReporters