Insan & Komuniti 06 Jul, 2021

Video| Tahniah! The Bench jadi buku Nombor #1 terlaris di dunia! Sisi kelembutan seorang ayah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



THE BENCH, buku cerita kanak-kanak hasil karya isteri Putera Harry, Meghan Markle, Duchess of Sussex muncul sebagai buku cerita bergambar nombor #1 paling laris di dunia dalam senarai The New York Times Bestseller selepas seminggu dipasarkan.

The Bench dipasarkan ke seluruh dunia secara serentak pada 8 Jun, 2021 hasil kerjasama Random House Children’s Books di Amerika Syarikat, Tundra Books in Canada and Puffin in the UK, Ireland, Australia, New Zealand, India dan Afrika Selatan.

Bukti satu lagi paparan sisi maskulin lelaki yang berteraskan dengan satu ikatan emosi dan sifat kelembutan yang boleh menjadi sumber inspirasi hubungan bapa dengan anak lelaki atau perempuan," demikian kata Meghan yang disiarkan dalam Instagram Archewell by Harry and Meghan. 

Dan terima kasih untuk kerja berpasukan terbaik yang terbabit dalam menghasilkan projek istimewa ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry


“Buku ini dedikasi kepada lelaki dan Archie yang sentiasa membuatkan jantung saya berdengup Pump-Pump. 

"Sebelum kelahiran anak perempuan kami, Lili saya bercakap dengan syarikat NPR mengenai pelancaran buku pertama kanak-kanak ini, The Bench. Saya gembira apabila pelukis ilustrasi, Christian Robinson bersetuju membuat lukisan cat air bagi menghiasi tulisan," katanya.

Meghan berkata buku itu adalah ilham daripada sebuah puisi sempena Hari Bapa yang ditujukan kepada suaminya, Putera Harry selepas kelahiran anak sulungnya, Master Archie. Dan dia tidak sangka pula karya ini akan menjadi bahan bacaan kegemaran semua keluarga di dunia.



"Semua tulisan itu berdasarkan apa yang saya lihat pada Harry yang mempunyai ikatan bapa anak yang berkembang hebat, selari dengan perubahan masa dan saya dapat gambarkan kegembiraan ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang," kata Meghan.

Katanya, cerita dalam buku The Bench itu sebenarnya khusus untuk dua lelaki dalam hidupnya tetapi persamaan peristiwa dan pengalaman yang dilalui itu sebenarnya lebih kurang sama oleh semua ibu dan pasangannya di seluruh dunia yang boleh dikongsi bersama," katanya.

Meghan menulis, kelembutan dalam pergaulan antara Harry dan Archie boleh menjadi ilham kepada  jutaan keluarga di seluruh dunia dan ketika melakukan itu, kita mendidik anak-anak tentang kekuatan dalam kerapuhan, kuasa dalam kebaikan dan keindahan dalam emosi. Asas ini bukan untuk lelaki saja tetapi juga untuk wanita dan anak-anak perempuan.

Hari Bapa untuk meraikan ketua keluarga yang memimpin dengan penuh kasih sayang dan bila lihat ciri-ciri bapa diterapkan pada anak-anak masa kini, ia akan menentukan mereka sebagai generasi depan, tegas Meghan. 


Antara kandungan buku kanak-kanak itu memaparkan sekilas kehidupan yang dilalui oleh keluarga Sussex, Harry dan Meghan serta anak-anak mereka memenuhi kehidupan harian di istana kecil mereka di Montecito. 

Dua muka surat lain gambar tentang seorang bapa dan anaknya (kedua-danya dilukis berambut merah ) duduk di sebuah bangku sedang memberi makan pada anak-anak ayam peliharaan mereka.

Sebelah lagi menunjukkan seorang ibu, Meghan dan Lilibet sedang berjalan-jalan di taman dan menambahkan lagi keindahan pemandangan bila dua ekor anak anjing peliharaan mereka turut dilukis sekali!

Senaskah The Bench, berharga RM72.00 sen boleh ditempah sekarang. - KitaReporters


Mahu memilikinya sebagai buah tangan daripada kisah seorang putera raja dan anaknya. - Kredit gambar: Rex

1
0
0
0
0
You will be interested