Insan & Komuniti 03 Apr, 2021

Berita Terkini| UKM sampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Dr Noor Hisham

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Dr. Noor Hisham Abdullah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan dalam Kesihatan Awam di UKM, Bangi pada 3 April 2021. - Kredit foto: MalaysiaGazette


KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) pada Majlis Konvokesyen ke-48 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Sabtu, 3 April 2021.

Majlis penyerahan anugerah disempurnakan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), universiti berkenaan.

Dalam titah perasmiannya, Tuanku Muhriz bertitah, seluruh warga UKM harus berbangga dengan pencapaian Dr Noor Hisham Abdullah.

“Seluruh warga UKM seharusnya berbangga kerana dua tokoh alumni UKM iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam adalah antara individu penting dalam menangani penularan wabak Covid-19,” titah baginda yang dipetik MalaysiaGazatte.

Turut hadir Pro-Canselor UKM, Tan Sri Tunku Puteri Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tahun ini, 6,166 graduan UKM yang berjaya menamatkan pengajian dengan 85 daripadanya adalah graduan Ijazah Kedoktoran dan seorang penerima sukun Ijazah Sarjana Muda Sains Citra.

Selain Dr. Noor Hisham, seorang saintis yang diiktiraf di peringkat global, Profesor Emiritus Dr. Soontak Lee turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bagi kategori Pengurusan Kelestarian.

Beliau merupakan dan Profesor Emiritus di Universiti Yeungnam, Korea Selatan. -KitaReporters


BERBANGGA dengan tokoh alumni UKM yang terlibat aktif tangani penularan Covid-19. Kredit Foto odisi.my 

1
0
0
0
0
You will be interested