Insan & Komuniti 11 Apr, 2021

Berita Terkini| MAIK peruntuk RM306K untuk Maahad Tahfiz! Lahir huffaz profesional

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Kredit Foto; journalmalaysia.com.


SEBANYAK RM306,646 diperuntuk oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz profesional.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, idea penubuhan maahad tahfiz berkenaan yang terletak di Tumpat, adalah hasil daripada lawatan kerja ke negara Turki bersama kerajaan negeri Kelantan pada pertengahan tahun 2019.

“Untuk permulaan ini, sebanyak RM126,000 akan digunakan untuk menaja 10 orang pelajar di maahad tahfiz berkenaan dalam tempoh tiga tahun.

 “Selepas tamat pengajian di sini kesemua tahfiz ini akan menyambung pelajaran di Turki yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki,”katanya yang dipetik Journalmalaysia.com pada Sabtu, 10 April.

Mohamad Rizam berkata, bagi menyiapkan pembinaan bangunan maahad tahfiz berkenaan, MAIK melalui Wakaf Tunai Am telah menyalurkan sebanyak RM49,000 dimana Wakaf Tunai Am itu adalah sebahagian produk wakaf MAIK.

MAIK juga telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM56,646 dan peruntukan baitulmal bernilai RM75,000 kepada maahad terbabit untuk pembelian perabot, pendingin hawa serta penyelenggaraan lain.

Dalam pada itu, MAIK juga merakamkan penghargaan khusus kepada Mat Razi Mat Ali yang telah mewakafkan tanah miliknya yang dijadikan tapak maahad tahfiz berkenaan selain usaha untuk mendapatkan dana sekaligus dapat menyempurnakan pembinaan maahad tahfiz ini. - KitaReporters

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested