Insan & Komuniti 04 Nov, 2020

Wajah seiras! Raffi Ahmad bertemu kembar, si penjual bakso!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đŸ“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Tular dalam media sosial di negara jiran, Indonesia, satu video menunjukkan seorang pemuda yang dikatakan mirip wajah pelakon terkenal Raffi Ahmad. Video yang dimuat naik oleh seorang gadis dalam akaun TikTok miliknya menunjukkan seorang penjual bakso tepi jalan yang boleh dikatakan mempunyai rupa paras dan mirip pelakon terkenal. : KitaReporters


Video yang tular ini memberi peluang penjual bakso ini bertemu dengan pelakon terkenal. - Kredit video: Makassar_iinfo


Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Dalam video itu, gadis berkenaan ingin membeli bakso ikan. Ketika ingin membeli, dia terserempak dengan rakannya yang juga membeli bakso yang dijual pemuda tersebut.

Kedua-duanya kelihatan serba tidak kena kerana melihat penjual bakso itu yang kacak dan mirip Raffi itu. Ramai netizen berkata penjual itu mirip wajah pelakon tersebut ketika muda.


Inilah gerai bergerak bakso ikan yang digunakan oleh pemuda mirip pelakon terkenal. - Kredit foto: YouTube Rans Entertainment


Akhirnya video tersebut tular dan sampai ke pengetahuan Raffi. Menggunakan peluang yang ada, Raffi akhirnya menyatakan hasrat untuk bertemu dengan pemuda yang bernama Dimas itu.

Hanya mengambil masa beberapa hari, pertemuan antara Raffi dan penjual bakso, berjaya diatur. 

Raffi menerusi laman Youtube miliknya, Rans Entertainment menjadikan pertemuan itu sebagai ‘content’ yang berjaya menarik orang ramai untuk menontonnya.




Bayangkan, hanya dalam masa sehari disiarkan (3 November 2020) sudah menerima sebanyak 1.5 juta jumlah tontonan.

Dalam video berjudul "Gemeteran sampe andara, Dimas "Ahmad" ketemu Raffi Ahmad!!!", Dimas kelihatan dikunjungi tim Rans Entertainment di rumahnya.

Kemudian Dimas dibawa ke rumah Raffi. Ketika kali pertama melihat rumah Raffi, Dimas kelihatan agak gementar sehingga ditegur oleh Raffi. Akhirnya mereka berdua berjaya dipertemukan.

Tuah ayam letak pada kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. 

Begitu jugalah yang terjadi kepada Dimas. Siapa sangka daripada seorang penjual bakso di tepi jalan, akhirnya dapat bertemu empat mata dengan pelakon terkenal. Malah, Raffi juga telah menyatakan hasrat untuk menanggung kos pendidikan Dimas sehingga habis belajar. - KitaReporters


1
1
0
0
1
You will be interested