Insan & Komuniti 18 Jan, 2021

Video| Motosikal rosak naik motosikal ke Cameron Highlands! Ini barulah geng mat motor sejati

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

JIKA melakukan perjalanan menaiki motosikal secara beriringan, perlu dipastikan masing-masing sekepala dan sanggup saling membantu jika ada peserta ditimpa musibah. Misalnya, jika ada motosikal kawan yang rosak, rakan-rakan lain sedia menolong. : KitaReporters


Motosikal rosak dibawa naik motosikal lain dalam perjalanan ke Cameron Highlands. - Kredit foto: Paparan layar Tik Tok wan.kacak__

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Perkara itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda yang melakukan tunggangan beramai-ramai dengan menunggang motosikal ke Cameron Highlands pada Rabu, 13 Januari 2021.

Motosikal salah seorang penunggang mengalami masalah kerosakan enjin.

Jika motosikal itu ditolak, ia memakan masa yang lama dan memenatkan. Disebabkan tiada bengkel motosikal berdekatan, lalu timbul idea dalam kalangan mereka.




Lalu masing-masing mempunyai tugas. Mereka membuka kedua-dua tayar dan tempat duduk. Kemudian motosikal rosak itu diletakkan atas sebuah motosikal peserta yang lain.

Sementara pemilik motosikal yang rosak itu duduk di bahagian tempat duduk belakang penunggang motosikal yang membawanya. 

Peristiwa itu dirakam oleh pemilik akaun Tik Tok @wan.kacak_. 



Inilah baru dinamakan rakan sejati. Susah payah tetap bersama!!

Kegigihan para pemuda ini mendapatkan perhatian daripada pengguna TikTok dan tular. Pandangan positif diberikan oleh pengguna TikTok. - KitaReporters


4
1
3
1
0
You will be interested