Insan & Komuniti 15 Jan, 2021

Kecoh 11 bonggol! Nor Muhammad Roslam mohon maaf! Dah berbaik dengan Cikgu Li! Isu dah selesai

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

“CIKGU LI dengan saya dah berbaik. InsyaAllah..dengan lapang dada saya memaafkan dan meminta maaf atas segalanya. Betapa baiknya hati Cikgu Li  sbb dia bayar semua kos tar saya tu. Terima kasih hanya Allah yang dapat membalasnya.” Reaksi terhadap isu membina 11 bonggol di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu. : KitaReporters



Pembinaan 11 bonggol dalam keadaan jarak dekat menjadi isu kepada pengguna jalan raya di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Jertih:

https://kitareporters.com/search?search=jertih


Begitulah catatan ringkas seorang lelaki menerusi Facebook miliknya berikutan tular kekecohan isu membina 11 bonggol di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama di Kampung Padang Luas, Jertih.


Nor Muhamad sudah meratakan semua 11 bonggol yang dibinanya selepas dinasihati pihak polis


Tindakan Nor Muhamad Roslam membina 11 bonggol  di laluan belakang rumahnya pada Isnin 11 Januari 2021 mencetuskan kekecohan dan isu semangat kejiranan komuniti apabila laluan tersebut menjadi penghalang kepada pengguna jalan tersebut. 

Susulan pembinaan bonggol itu jirannya yang dikenali sebagai Cikgu Li (Ahmad Fadzli Fauzi) pantas bertindak menular perbuatan Nor Muhamad Roslam menerusi media menyebabkan ramai netizen bertindak balas mengutuk terhadap perbuatan beliau itu.  

Bagaimanapun, Nur Muhammad Roslam kemudian tampil menerusi satu klip video memberi penjelasan sebab beliau berbuat demikian dengan membina 11 bonggol di laluan belakang rumah milik ibunya.


Nor Muhamad Roslam Harun


Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua penduduk yang tinggal berjiran itu, pelbagai pihak berusaha menasihatkan mereka supaya menyelesaikan isu itu dengan cara baik mengikut semangat kejiranan.

Bertindak atas isu tersebut, seorang pegawai polis kemudian datang berjumpa Nor Muhammad Roslam dengan memberi nasihati secara elok supaya membuang semua bonggol tersebut.


Netizen mempertikakan pembinaan 11 bonggol di Kampung Padang Luas


Akur dengan nasihat pegawai polis terbabit pada Rabu 14 Januari 2021, Nor Muhammad Roslam kemudian mengupah seorang pemandu sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ.

Katanya, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.



"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. 

"Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, sebenarnya dia mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda.

Catatan Cikgu Li menerusi Facebook miliknya ketika mula-mula pembinaan bonggol


Nor Muhammad Roslam berkata, beliau terpaksa membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Isu berkenaan juga mendapat perhatian Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu yang terpaksa menghantar seorang Mediator Komuniti (MK) jabatan itu untuk membantu menyelesaikan konflik dalam komuniti di kampung tersebut.



Bagaimanapun, atas semangat kejiranan dan perpaduan kedua-dua yang terbabit dalam isu berkenaan kini kembali bertaut sebagai sahabat dan jiran tetangga sambil kedua-duanya memohon maaf di atas perkara berlaku.

Ramai nitezen memuji sikap kedua-dua belah pihak yang bertelagah kerana masing-masing berjiwa besar dan menjadi contoh terbaik dalam membina hudup bermasyarakat. - KitaReporters

7
1
1
2
1
You will be interested