Insan & Komuniti 07 Mar, 2021

Kerana enggan berpisah! Si abang sanggup tidur, makan dengan mayat adik lelaki selama 4 bulan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Mayat Andrey diletak atas sofa dan dibalut dengan selimut. - Kredit foto-foto: Mirror UK


DUA beradik lelaki Valeriy, 52, dan Andrey, 42, mempunyai ikatan persaudaraan yang erat menyebabkan mereka sukar dipisahkan. Namun takdir menentukan apabila si adik lelaki, Andrey meninggal dunia akibat serangan jantung.

Disebabkan terlalu sayang dengan adiknya, Valeriy enggan mengebumikan jenazah adiknya itu, sebaliknya tetap meletak jenazah di atas sofa di rumah mereka yang selama ini tinggal berdua. 

Mayat itu dibalut dengan selimut selama beberapa bulan sebelum dibongkarkan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ukraine:

https://kitareporters.com/search?search=ukraine


Albina, jiran yang menemukan mayat Andrey di dalam rumah dua beradik tersebut.

Menurut laporan portal Mirror UK, walaupun mayat sudah berbau, namun Valeriy terus tinggal bersama, malah makan dan tidur bersama mayat Andrey di sebuah rumah di Novomoskovski, Ukraine.

Malah Valeriy  turut bersembang dengan mayat tersebut dengan mengaggap adiknya masih hidup.

Kegiatan itu berlaku selama kira-kira empat bulan sehingga ia dibongkarkan oleh seorang jiran bernama Albina.

Albina mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam rumah dua beradik itu lalu meminta beberapa jiran ke rumah itu dan melihat sebuah rangka yang ditutup dengan selimut berada di atas sofa dengan bau yang cukup menyucukkan.

Tindakan itu terbongkar apabila seorang jiran Albina tidak tahan mencium bau busuk dari rumah milik dua beradik berkenaan serta sudah lama tidak melihat kelibat mereka berdua.


Mayat Andrey yang dibungkus di dalam selimut sudah mula reput. - Kredit foto: The Sun UK


Polis tidak mengesyaki perbuatan khianat dan hasil bedah siasat didapati Andrey meninggal kerana sakit jantung.

Dengan bantuan jiran-jiran, mayat Andrey  akhirnya dkebumi dan Valeriy terpaksa tinggal bersendirian sepanjang tempoh baki hayatnya. - KitaReporters


Rumah di mana mayat Andrey disimpan selama 4 bulan oleh abangnya, Valeriy.

0
1
3
0
1
You will be interested