Insan & Komuniti 28 Apr, 2021

Video| Lukisan Doa Untuk Indonesia Fikaa Azzahra! Hasilkan lukisan KRI Nanggala pada mukanya!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Harapan untuk 2021 sepatutnya penuh kebahagiaan, menurut Fika dan berbagai bencana dan kemalangan termasuk nahas Sriwijaya Air SJ182 yang terbang tanpa batas  meninggalkan duka untuk semua terutama ahli keluarga dan waris yang terlibat. - Kredit foto: Video aplikasi TikTok @fikaazhr (Fikaa Azzahra).


SESEORANG mempunyai kelainan cara masing-masing dalam menzahirkan perasaan sedih lagi terkesan akibat suatu kejadian kemalangan, fenomena alam serta bencana penyakit dan lain-lainnya.

Namun bagi seorang wanita ini, melalui kejadian yang berlaku memberi inspirasi untuk membuat lakaran lukisan pada wajahnya sendiri sebagai paparan melahirkan rasa sedih dan simpati.


Lagi cerita-cerita meruntun jiwa berkaitan tragedi

Penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang dan kejadian nahas kapal selam KRI Nanggala 402 menjadi inspirasi untuk Fika menghasilkan lakaran lukisan pada wajahnya sebagai melahirkan rasa sedih lagi terkesan  dengan keadaan yang berlaku. 


Fikaa Azzahra melalui video yang dimuat naik dalam aplikasi TikToknya @fikaazhr melakar lukisan kejadian terbaharu pada wajahnya mengenai isu sedih nahas yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 diberitakan mengalami kemalangan pecah tiga pada lokasi di kedalaman lebih 800 meter di perairan Bali, Indonesia hingga mengorbankan 53 krunya.

Namun demikian beliau masih terus mengharap seluruh anak kapal selamat. Semoga seluruh doa masyarakat negara itu terus dimakbulkan agar semua kru KRI Nanggala 402 ditempatkan terbaik di sisi-Nya.

Kesedihan walaupun hastag # Prayforkrinanggala402 masih berlegar dalam media sosial seluruh negara terus diselubungi suasana sedih dengan kejadian berlaku.


Lakaran lukisan pada wajah Fikaa mengenai isu nahas kapal selam KRI Nanggala 402 sehingga mengorbankan 53 anggota krunya di perairan Bali, Indonesia.


Melalui ruangan komennya Fikaa menulis bahawa dia menghabiskan masa 15 jam tanpa henti untuk menyiapkan lakaran lukisan pada bahagian mukanya kerana tidak dapat menahan tangisan dan rasa kesedihan berkaitan kejadian-kejadian berlaku.

Hanya dengan ketabahan dan semangat gigih supaya lakaran lukisan itu berjaya disiapkan dan menarik, ujarnya.

Malahan disebabkan rasa terkesan serta kesedihan menjadikan wanita ini terpaksa menghabiskan masa yang agak panjang dan berlarutan untuk menyiapkan lakaran lukisan-lukisan pada bahagian muka dapat disiapkan sepenuhnya. 

Selain itu, beliau juga turut berkongsi kesedihan yang melanda negaranya sejak awal tahun dengan beberapa peristiwa termasuklah berita sedih Sriwijaya Air SJ182 yang jatuh terhempas di perairan antara Pulau Male dan Pulau Lancang, kepulauan Seribu masih dalam ingatan.



Malahan kesedihan turut melanda kerana negara itu mengalami bencana akibat fenomena alam di beberapa wilayahnya antaranya termasuklah banjir di Kalimantan Selatan, tanah runtuh di Sumatera  dan gempa bumi di kepulauan Jawa yang membimbangkan rakyat.

Malahan menurut Fikaa, fenomena alam nampaknya terus membuat orang bimbang dan sedih sehingga gunung berapi memilih untuk mengeluarkan lahar panasnya.

April yang kebetulan umat islam meraikan kehadiran Ramadan al-Mubarak mulia ini telah membuatkan semua orang sedih dengan kejadian kapal selam Tentera Republik Indonesia KRI Nanggala 402 terputus hubungan dengan Armada Surabaya 11 semasa berada di Perairan Utara Bali pada Rabu, 21 April 2021.


Hanya yang dapat digambarkan melalui lakaran lukisan pada wajah Fika berikutan bencana, kemalangan dan fenomena alam yang terjadi ialah ' Pray For Indonesia' (Doa untuk Indonesia).


Wanita yang viral ini turut melakar lukisan kesedihan hati yang dijelmakan melalui wajahnya dengan gambaran peristiwa pada awal tahun 2021 yang berlaku di sekitar Indonesia tentunya membuat anda sedih dan terkesan.

Sebaik sahaja seluruh masyarakat menyambut tahun baharu 2021 dengan harapan semuanya lebih baik dan memberi kelegaan untuk terus menelusuri kehidupan harian.

"Namun harapan agar tidak tumpahnya air mata sedih kehilangan rakan dan keluarga disebabkan penularan wabak COVID-19 masih terus belum ada nokhtahnya. Entah bila akan berakhirnya pandemik ini masih menjadi tanda tanya," ujarnya.

Wanita yang membuat lakaran lukisan pada wajahnya dan bercerita mengenai kejadian kemalangan, bencana penyakit juga fenomena alam ini turut disiarkan oleh media Dream.co.id.

Video yang dimuat naik dalam media sosial oleh Fikka azzahra itu ditonton lebihh 2.8 juta kali. Rata-rata mereka yang menonton melahirkan rasa sedih dan terkesan. - KitaReporters


Malahan melalui lakaran gambar seterusnya Fika berharap semua orang perlu menjaga diri dan perasaan kerana alam kini semakin tergugat dengan berbagai kejadian dan bencana.


Lakaran lukisan pada wajah Fika mengambarkan keadaan gunung berapi yang mula mengeluarkan lahar panasnya.


Gambaran bencana alam seperti banjir,tanah runtuh,gempa dan puting beliong turut dilakar pada lukisan dimuka Fika.


0
0
0
0
0
You will be interested