Insan & Komuniti 22 Apr, 2021

Video| Iddin Syah? Siapa Iddin Syah? Jutawan muda dikagumi netizen kerana caranya bersedekah!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


DARIPADA seorang yang tidak dikenali, sekarang nama beliau harum dan disebut-sebut oleh ramai pihak setelah videonya ditularkan dalam pelbagai aplikasi media sosial.

Orang yang dimaksudkan tersebut ialah seorang pengasas produk yang dikenali sebagai Iddin Syah.

Sebelum ini ramai orang tidak mengenali siapa pemilik nama Iddin Syah ini, walaupun beliau bergelar jutawan yang mengusahakan produknya sendiri.

Namun gara-gara tindakan beliau melakukan amal jariah dengan bersedekah di bazar Ramadan, maka secara tak semena-mena beliau meletup dan dikenali ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sedekah


Kaedah beliau memberi sedekah amat unik dan menarik minat ramai, iaitu dengan membeli semua makanan atau minuman di gerai-gerai terpilih dalam Bazar Ramadan Seberang Jaya di Pulau Pinang, seterusnya meminta pengusaha makanan atau minuman tersebut mengagih-agihkannya kepada pengunjung bazar sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Dalam video tersebut, ia memaparkan pengasas produk berkenaan telah berkunjung ke bazar Ramadan, kemudian pergi ke beberapa buah gerai dan membeli semua makanan atau minuman yang dijual.


Sumber video : Instagram Iddin Syah


Dalam ruangan kapsyen posting di Instagram itu juga, beliau turut menulis mengenai pesan Baginda Rasulullah SAW perihal bersedekah yang dituntut kepada kita semua.

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Iddin turut berkata bahawa dia nekad berbuat demikian kerana memahami kepayahan dan usaha para peniaga bazar dalam mencari rezeki pada bulan Ramadan terutama ketika cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.



Menjengah ke ruangan komen dalam Instagram tersebut, ternyata orang ramai memuji dan mengagumi tindakan usahawan muda berkenaan berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

Rata-rata netizen mendoakan Iddin dimurahkan rezeki dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk membuat amal kebaikan di masa akan datang.



Kredit foto: Instagram Iddin Syah


Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan idea kepada mereka yang berjaya untuk menabur bakti kembali kepada masyarakat. Ini terutama bagi mereka yang terkenal dan menjadi ikutan/idola kepada masyarakat negara ini.

Seandainya golongan sebegini memanfaatkan medium media sosial atau kekuatan yang mereka ada dalam melakukan kebaikan terhadap masyarakat, maka ia sedikit sebanyak akan mendorong orang ramai untuk turut mengikut jejak tersebut dan tidak hanya menggunakan media sosial sebagai suatu wadah negatif semata-mata. - KitaReporters


9
3
2
1
1
You will be interested