Insan & Komuniti 20 May, 2021

Video| Terbaik bro! Suami beristeri 4 'himpun' isteri-isteri, anak-anak untuk bermaaf-maafan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BAGI seorang wanita perkataan poligami adalah musuh utama bagi kaum Hawa kerana tidak sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. Namun tidak semua golongan berkenaan seteru dengan perkataan itu kerana ada juga yang yang berhati mulia, positif dan terima takdir itu selain mampu hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.

Keluarga besar itu bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan sesama sendiri sekiranya ketua keluarga tahu ‘mengemudi’ isteri-isteri dan hidup aman dan bahagia.

Kisah sama turut dilalui seorang lelaki yang beristeri empat yang berjaya hidup bahagia bersama 15 anak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami


Terbaharu ketika sambutan Aidilfitiri pada 13 Mei 2021 lalu, ketua keluarga berkenaan, Mohamad Fazil Mohd Dali menerusi Instagram miliknya @hamba_775 berkongsi momen indah pada pagi 1 Syawal dan dilihat berbahagia bersama empat isterinya.

Ketika pagi 1 Syawal lalu, Fazil dilihat menghimpun isteri dan 15 anaknya yang berusia 20 tahun dan paling muda sebulan di rumah mereka untuk bermaaf-maafan.

Terbaiklah bro! semua bersatu hati…

Malah menerusi video yang dimuat naik, Fazil berkongsi gambar bersama empat isteri sambil memuat naik kapsyen ‘bidadari syurgaku..”

Lebih membanggakan isterinya juga boleh bermaaf-maafan sesama sendiri apabila isteri paling tua, Harlinda menyambut tangan tiga lagi 'sahabatnya' untuk memohon maaf dan restu daripadanya. 

Paling mengujakan tiada terbit cemburu sesama mereka sebaliknya kelihatan hubungan yang rapat dan mesra. 



Allah beruntungnya…ini buktinya kehebatan si ketua keluarga apabila tahu menyatukan isteri-isteri mereka!

Turut dikongsi Fazil adalah sesi memberi duit raya kepada empat isterinya.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah bidadari-bidadari syurganya apabila menerima duit raya daripada kekasih hati.

Kata Fazil bagi mengelak isu tidak adil, sang suami sengaja mengira wang raya di hadapan isteri-isteri supaya tidak timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Ini baru adil bro!

Melihat isteri-isteri dan anak-anak berkumpul dan keadaan muhibah semestinya melahirkan rasa puas di hati sang suami.



Malah budaya bermaaf-maafan itu bukan sahaja diamal untuk isteri-isteri sahaja tetapi turut dipraktiskan kepada semua 15 anak walaupun berlainan ibu supaya dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri.

Semoga keluarga Fazil terus dilimpahi rahmat Illahi dan terus hidup dalam keadaan aman dan bahagia! - KitaReporters


14
5
0
1
0
You will be interested