Kisah Insan 06 May, 2021

Terbaiklah Dr Melor dan kawan-kawan! Sukarelawan bela nasib keluarga Rohingya sejak lima tahun!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Seorang sukarelawan, Aishah Ahmad (depan) menunjukkan sebahagian barangan makanan keperluan asas yang disumbangkan kepada keluarga asnaf Rohingya.


TIDAK jemu menghulurkan bantuan, sekumpulan sukarelawan bergabung tenaga dan berusaha mengumpul dana bagi membantu murid dan keluarga asnaf daripada etnik Rohingya di Ampang, Selangor sejak lima tahun lalu.

Pada Ramadan setiap tahun, mereka akan bersatu serta bekerjasama mencari dana dan mereka yang ingin mengeluarkan zakat bagi membeli pelbagai barangan makanan keperluan asas untuk diagihkan kepada keluarga terbabit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rakyat Rohingya



Jurucakap kumpulan sukarelawan itu, Dr Melor @ Mohd Yunus Mohd Mansor, berkata beliau serta rakan-rakan terpanggil untuk melakukan kerja amal membantu keluarga berkenaan selepas melihat kedaifan kehidupan mereka.

Menurutnya, mereka itu adalah pelarian di bawah UNHCR, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang turut mendapat perhatian daripada Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) bagi membantu Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya untuk mendidik 85 murid anak Rohingya.


Keluarga asnaf Rohingya melihat barangan makanan keperluan asas yang diterima mereka.


Beliau berkata, apabila mendapat maklumat mengenai pusat itu memerlukan sumbangan serta sokongan bagi memberi pendidikan kepada anak-anak Rohingya yang ramai dalam kalangan keluarga asnaf, mereka bersepakat turun padang bagi menghulurkan bantuan.

Katanya, apabila tiba Ramadan, mereka akan bergerak dengan menghubungi pelbagai pihak termasuk individu yang ingin mengeluarkan zakat atau menginfak serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menghulurkan bantuan wang atau barangan makanan keperluan asas.


Guru Besar Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya, Shomim Muhd Tufail (kanan) memantau agihan barangan kepada keluarga asnaf.


“Kami melakukan secara sukarela tanpa sebarang kepentingan peribadi apabila berasakan turut bertanggungjawab membela nasib murid dan keluarga asnaf ini demi kelangsungan hidup mereka di negara kita.

“Bukan kami sahaja pelbagai pihak khusus NGO yang sering terbabit dalam kerja amal kebajikan boleh datang ke sini untuk sama-sama menghulurkan bantuan sekadar termampu,” katanya yang ditemui pada majlis penyerahan bantuan di pusat pendidikan berkenaan pada 1 Mei 2021.


Antara barangan makanan keperluan asas yang dikumpul sukarelawan hasil sumbangan dana pelbagai pihak.


Sejumloah 35 murid dan keluarga asnaf Rohingya menerima sumbangan berupa barangan makanan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, gandum, bawang dan ubi kentang di samping wang zakat.

Seorang sukarelawan terbabit, Aishah Ahmad, berkata bukan sahaja keluarga asnaf Rohingya yang  dibantu malah mereka bersedia menghulurkan bantuan membantu mereka yang memerlukan pembelaan kerana kedaifan dan sebagainya.

Menurutnya, walaupun tidak dikenali tetapi mereka bergerak secara berkumpulan seperti NGO-NGO lain yang sentiasa gigih menghulurkan bantuan kepada masyarakat, individu dan keluarga yang ditimpa musibah.

“Kumpulan kami berasa gembira serta bersyukur dapat berbakti kepada mereka yang hidup susah seperti keluarga Rohingya ini dan kagum apabila setiap ketua keluarga gigih melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara isteri dan anak-anak,” katanya. - KitaReporters


Dr Melor @ Mohd Yunus Mohd Mansor (kiri) dan Dr Zulfadli Yunus (tiga dari kiri) yang mewakili Klinik Iltizam turut menghulurkan sumbangan wang zakat kepada murid dan keluarga asnaf Rohingya.

14
1
0
0
0
You will be interested

Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil bantu ringan beban dan berjaya agih 60 tan makanan asas kepada 5,000 orang.

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

BERNAS agih 3,000 pek barangan keperluan! Kepada golongan terkesan dan petugas barisan hadapan!

BERNAS tampil bantu komuniti terkesan, anggota barisan hadapan seperti polis dengan sediakan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban ketika COVID-19
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 day ago

Perjuangan Anita Yusop! Lawan penyakit tumor otak! Teruskan kembara prihatin Anita Bikers Club!

Di sebalik usaha berterusannya bantu mereka kurang bernasib baik melalui kembara prihatin Anita Bikers Club, Anita Yusop bergelut melawan penyakit tumor otak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 2 days ago

Jadi negara tua: Biro Warga Emas perlu diwujudkan! Lindungi hak mereka! Demi jamin masa depan!

SEBAGAI persiapan negara menjadi 'negara tua' dalam tempoh kurang 10 tahun ini, perisai penting dalam memelihara kebajikan golongan itu perlu diutamakan.
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Pelajar berfoto bersama ijazah di pusara bapa! Lihat papa! Aku miliki ijazah sama macam papa!

Tular foto Nadhifa Laudza Shabrina junjung ijazah sarjana mudanya di pusara bapa pada Okt 2021 sebagaimana dia junjung ijazah sarjana arwah bapa pada Okt 2009
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago