SEHARI dua ini, warganet asyik bercerita tentang keperwiraan Juara Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, dan pengumuman persaraannya dari sukan tersebut. Selepas merangkul kejuaraan kali ke-29 melalui pertempuran dengan Justin Gaethje pada aksi UFC 254 awal pagi Ahad, 25 Oktober 2020 lalu, dalam keadaan penuh emosi, bintang MMA itu mengumumkan persaraannya daripada sukan tersebut. : KItaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Khabib Nurmaomedov:
https://kitareporters.com/search?search=khabib
Hari ini hari terakhir saya bertarung dalam UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah. Bila UFC memanggil saya untuk bertarung dengan Justin, saya mengambil masa selama tiga hari berbincang dengan ibu untuk membuat keputusan. Saya telah berjanji dengan ibu dan saya perlu tunaikan, ini pertarungan terakhir saya,” katanya.
Mungkin sudah ramai ketahui, Khabib telah memegang rekod tanpa kalah untuk 29 kali siri perlawanannya sejak dahulu. Antara kekuatan dan rahsia kejayaan beliau adalah ayahnya sendiri, Abdulmanap Nurmagomedov.
Keputusan itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pencabar utamanya Conor McGregor.
“Persembahan yang baik, Khabib. Saya akan teruskan pertarungan dan berjuang. Penghormatan dan takziah sekali lagi atas pemergian bapa kamu,” kata McGregor.
Sememangnya Khabib merupakan seorang legenda yang wajar disanjung, apatah lagi ini kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama beliau mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menundukkan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Tulang belakang dan individu yang menjadi penyumbang utama kejayaan Khabib mestilah ayahnya sendiri, Abdulmanap yang dilihat sentiasa menemaninya hingga ke nafasnya yang terakhir.
Abdulmanap dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi virus COVID-19 pada awal Julai 2020 lalu, di samping mempunyai masalah pada jantungnya. - KitaReporters