Insan & Komuniti 23 Oct, 2020

Akhirnya terima! Bantuan untuk 710 mangsa banjir Besut 2019!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PENANTIAN mangsa banjir di daerah Besut, Terengganu yang terbabit dalam kejadian banjir pada 2019 untuk mendapatkan bantuan ketika menghadapi bencana itu akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka menerima bantuan daripada kerajaan. Walaupun agak terlewat, namun mereka gembira dan bersyukur kerana akhirnya dapat juga merasai bantuan yang disediakan untuk mangsa banjir. : KitaReporters

Timbalan Pengarah APM Terengganu Wan Ab Rahim Wan Sulaiman (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir


Lagi cerita-cerita berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Pengagihan bantuan berupa wang tunai RM500 bagi setiap keluarga mangsa di daerah itu diadakan dalam dua fasa.

Seramai 710 mangsa banjir di daerah itu menerima bantuan dari Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang disalurkan melalui Pejabat Daerah Besut.


Mangsa banjir, Mohd Yusof Long dari Kampung La, Hulu Besut menerima bantuan banjir daripada Wan Ab Rahim Wan Sulaiman.


Wan Ab Rahim menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa uzur yang menunggu di dalam kereta.


Daripada jumlah itu, fasa pertama 417 keluarga dari Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun 2019 lalu menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 yang diadakan di Dewan Sivik Pasir Akar, Hulu Besut,pada 21 Oktober 2020 lalu.

Manakala fasa kedua membabitkan 293 keluarga dari DUN Jabi, Kuala Besut dan Kota Putera menerima sumbangan pada 22 Oktober 2020 lalu, yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, Jertih.


Anggota APM Daerah Besut membantu menolak kerusi roda seorang mangsa banjir untuk menerima bantuan


Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Wan Ab Rahim Wan Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa terbabit.

Turut hadir Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut , Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Mat Daik Mohamad.


Anggota APM Wanita mendapatkan tanda tangan penerimaan bantuan daripada seorang mangsa banjir yang uzur di dalam kereta


Bantuan ini adalah daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Angensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kemudiannya disalurkan kepada Pejabat Daerah. - KitaReporters

9
1
0
1
1
You will be interested