KALAU dah namanya anak, apa sahaja sanggup dilakukan. Ketika kecil didukung dan manja apabila besar diikutkan pula kehendak anak, itulah sikap seorang bapa… kasihnya terhadap anak sepanjang masa!! Kejadian sama turut berlaku di Kampung Madya Pradesh. : Kitareporters
Lagi cerita-cerita berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Di sebuah kampung Bayadipura dekat Manawar dalam wilayah Madhya Pradesh, seorang bapa muda sanggup bersusah payah mengayuh basikal sejauh 105 kilometer semata-mata tidak mahu anak lelakinya ketinggalan menduduki peperiksaan.
Alamak bukan dekat tu! ambil masa yang lama!!
Namun demi anak segalanya-gala sanggup dilakukan
walaupun terpaksa keliling dunia.
Bagi Shobhram, bapa muda dari India itu sanggup membawa anaknya remaja berusia 15 tahun, Ashish dengan mengayuh basikal ke pusat peperiksaan di bandar Dhar, juga wilayah Madhya Pradesh.
DEMI mengubah masa depan anak, Shabrom sanggup mengayuh basikal bersama anaknya selama semata-mata mahu menjalani peperiksaan khas. - Kredit foto: IndiaTimes.com
Memetik Times Of India, pengorbanan bapa yang berusia
38 tahun itu dilakukan berikutan perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan kampungnya ke pusat peperiksaan tidak
beroperasi kerana serangan pandemic Covid-19, baru-baru ini.
Bertuahnya wahai anak miliki bapamu yang sanggup
melakukan apa sahaja!.
“Saya tiada pilihan lain selain terpaksa mengayuh basikal sendiri lagipun kami tidak berkemampuan dan hanya buruh kasar,” katanya lagi.
SHOBRAM terpaksa berhenti rehat dan memelap mata selepas seharian mengayuh basikal bersama anak lelakinya. - Kredit foto: dnaindia.com
Shobram berkata dia sanggup melakukan apa sahaja
kerana tahu hanya melalui pendidikan kehidupan mereka boleh diubah.
“Biarlah saya bersusah payah demi anak hari ini kerana
saya tidak mahu anak ini menjejaki seperti saya yang buta huruf dan terpaksa
menjalani kehidupan yang sukar,” katanya.
KEADAAN jalan raya sesak di bandar itu tidak mematahkan semngat dua beranak meneruskan perjalanan berkenaan semata-mata masa depan anak lelakinya. - Kredit foto: AFP
Kongsinya lagi, perjalanan dua beranak itu mengambil
masa yang lama iaitu selama lapan jam selepas
bergerak dari kampung mereka di Bayadipura dekat Manawar ke pusat peperiksaan
berkenaan di Dhar.
Alamak jauhnya!!
Namun disebabkan perjalanan terlalu jauh dua beranak itu terpaksa berhenti berehat untuk melelapkan mata di bandar Manawar sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. “Kami juga membawa bekalan untuk digunakan sepanjang perjalanan ini, sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan,” kongsinya lagi.
Peperiksaan yang diduduki Ashish itu merupakan peperiksaan tambahan kepada penerima biasiswa oleh kerajaan Madya Pradesh. Remaja berusia 15 tahun itu bercita-cita untuk menjadi pegawai kerajaan terpaksa menjalani peperiksa buat kali kedua selepas tidak lulus ketika pengambilan kali pertama.
Semoga Ashish lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini, sekali gus dapat merealisasi impian menjadi kakitangan kerajaan dan seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka. - Kitareporters