Insan & Komuniti 08 Oct, 2020

Pasangan box office Hindi! Shammi Kapoor chacha Asha Parekh?

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

PADA 2 Oktober 2020 lalu, genaplah usia aktres Asha Parekh 78 tahun. Dia melalui jalan berliku tetapi penuh bergaya dalam dunia filem Bollywood. Untuk tempoh beberapa dekad, dia menjadi primadona layar perak dari filem Dil Deke Dekho sehinggalah filem box-office Kati Patang. : KitaReporters

ASHA Parekh bersama Shammi Kapoor dalam satu adegan filem 'Teesri Manzil' keluaran tahun 1966. - Kredit foto: Memsaab Story.


Lagi cerita-cerita berkaitan filem Hindustan:

https://kitareporters.com/search?search=hindustan


Pada era kegemilangannya, Asha terkenal dengan kecantikannya dan merupakan antara pelakon yang menjadi rebutan pengarah. Dia antara pelakon menerima bayaran paling tinggi  dalam setiap filem lakonannya.

Dia, yang hidup membujang hingga kini, membintangi banyak filem box-office serta berpasangan dengan artis-artis ternama seperti Shammi Kapoor, Shashi Kapoor, Rajesh Khanna dan Joy Mukerji.

Tetapi dalam kalangan mereka semua, pelakon yang paling disukai Asha Parekh ialah mendiang Shammi Kapoor. Bukan sahaja Shammi menjadi pasangan ideal dalam filem tetapi dianggap gurunya. Begitu mesra Asha dengan Shammi sehingga memanggilnya ‘chacha’ (pakcik).

Mungkin ini kerana Shammi lebih tua daripada Asha. Tetapi panggilan itu juga dianggap dianggap lambang kemesraan yang terjalin antara kedua-dua bintang ternama Hindi itu.

Memetik laporan m.republicworld.com, Asha mendedahkan dia telah membintangi banyak fiem bersama Shammi dan kebanyakannya mencapai kejayaan box-office.

ASHA Parekh bersama Shammi Kapoor dalam 'Dil Deke Dekho' yang merupakan filem pertama lakonan Asha ketika berusia 17 tahun. Filem ini keluaran tahun 1959. - Kredit foto: Mint



Pertama kali Asha berganding dengan Shammi, dia sudah merasakan kemesraan dan keserasian dengan mendiang. Mereka dipertemukan dalam Di Deke Dekho yang merupakan filem pertama Ashah Parekh. Filem itu dikeluarkan pada tahun 1959 ketika Asha berusia 17 tahun.

Asha memberitahu, pertama kali di hadapan kamera dia berasa sangat malu dan gemuruh. Shammi mendedahkan bagaimana dalam beberapa adegan penggambaran peringkat awal, Asha kelihatan sangat gemuruh.

Bagaimanapun Asha memberitahu, Shammi sangat bersabar dan membantunya memberi panduan untuk melancarkan adegan penggambaran seterusnya.

Malah Asha memberitahu, Shammi yang mengajarnya bagaimana menggerakkan bibir ketika menyanyikan setiap lagu latar.

Lama kelamaan ini bukan menghilangkan rasa gemuruh Asha tetapi membolehkannya berlakon dan menjalani penggambaran dengan lebih yakin dan selesa.

TETAP mesra sekali pun era kegemilangan sudah berlalu.... Asha Parekh bersama Shammi Kapoor. Gambar diambil di Mumbai pada September 2010 ketika tayangan filem 'Teesri Manzil' yang menggabungkan mereka berdua. Tayangan filem lama ini sempena satu festival filem di Mumbai. - Kredit foto: TimesContent.com


Kerana itulah Asha sangat menghargai Shammi dan hubungan mereka sangat mesra. Sejak itu Shammi menjadi pelakon pujaannya. Asha memanggil Shammi ‘chacha’ dalam dan luar filem. Panggilan ini sama sekali tidak mendatangkan masalah kepada mereka berdua.

Malah ketika isteri Shammi, Geeta, datang untuk bertemu suaminya dalam set penggambaran, Geeta juga memberi layanan baik dan mesra kepada Asha dengan penuh manja. Maklum ketika itu usia Asha masih muda. Kerana kemesraan ini, Asha bukan sahaja memanggil Shammi ‘chacha’ tetapi turut memanggil Geeta sebagai ‘chachi’ (makcik).

Secara profesionalnya di layar perak, Asha dan Shammi membintangi banyak filem bersama. Antaranya ialah filem blockbuster seperti Teesri Manzil, Dil Deke Dekho, Pagla Kahin Ka dan Jawan Mohabbat

Aktor Shammi Kapoor meninggal dunia pada Ogos 2011. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested