Insan & Komuniti 14 Aug, 2021

Video| Bermula dengan hanya 'reket' papan! Akhirnya Apriyani Rohayu menang pingat emas Olimpik!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this



PERMULAAN kerjaya badminton pemenang pingat emas acara beregu wanita temasya Olimpik Tokyo 2020, Apriyani Rohayu yang berpasangan dengan Greysia Polli ternyata bukan sesuatu yang indah.

Dia yang mula mengenali dunia badminton ketika berusia tiga tahun sebenarnya tidak berpeluang memukul bulu tangkis menggunakan reket yang sebetulnya ketika mula-mula mengenali sukan badminton.

Sebaliknya Apriyani hanya menggunakan sekeping papan yang dilekatkan pada sebatang kayu sebagai pemegang untuk dijadikan 'reket' bagi mengantikan reket untuk memukul buku tangkis. 
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan badminton

Apriyani menerima hadiah misteri daripada bapanya, Ameeruddin ( gambar kiri) dan dia spontan mencium kaki bapanya (gambar kanan) sewaktu menerima kejutan kehadiran bapanya dalam satu rancangan televisyen Indonesia yang disiarkan secara langsung. - Kredit foto: Kompastv.com


Kisah tersebut akhirnya terbongkar ketika menjadi tetamu rancangan 'Rosi Special' terbitan salah sebuah stesen televisyen Indonesia yang disiarkan secara langsung pada Jumaat, 13 Ogos 2021. 

Penerbit rancangan tersebut sengaja mengundang bapa pemain itu tanpa pengetahuannya bagi memberi kejutan kepadanya yang masih belum berkesempatan bertemu keluarga sekembali dari temasya sukan Olimpik Tokyo kerana terpaksa menjalani kuarintin selama lapan hari terlebih dahulu.


Apriyani membalas serangan lawan dalam salah satu perlawanan beregu wanita di temasya Olimpik Tokyo 2020 di mana dia bersama pasangannya Greysia Polli berjaya mengondol pingat emas. - Kredit foto: Tribunews.com



Melalui satu perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial Tik Tok @ina.badminton, Apriyani kelihatan begitu terkejut melihat kedatangan bapanya, Ameruddin yang diterbangkan khas oleh pihak penerbitan dari kampung halaman di Konawe, Sulawesi Tenggara untuk dipertemukan dengannya.  

Dia seakan masih tidak percaya dengan kehadiran bapanya yang turut kelihatan membawa kotak hadiah lalu bangun menghampiri bapannya dan secara spontan dia tunduk lalu sujud di lantai serta mencium kaki bapanya. 
Adegan tersebut yang turut menyaksikan tangisan dua beranak yang sudah lama tidak bertemu kerana Apriyani terpaksa menumpukan kepada persiapan untuk ke Olimpik sebelum ini ternyata mengundang sebak penonton yang menyaksikan rancangan tersebut. 

Apriyana Rohayu (kanan) dan Greysia Polli selepas dikalungkan pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto: Kompas.com


Lebih meruntun perasaan ketika bapanya membuka kotak hadiah yang dibawa dan ternyata hadiah tersebut hanyalah sekeping papan yang dilekatkan pada sebatang kayu sebagai pemegang yang digunakannya sebagai 'reket'  untuk bermain badminton sewaktu mula-mula mengenali dunia badminton ketika kecil. 
Apriyana Rohayu yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik kepada pasangan Ameeruddin dan Siti Jauhar dilahirkan pada 29 April 1998 di Lawulo, Sulawesi Tenggara. 
Dia kehilangan ibunya ketika berusia 16 tahun dan berita kematian ibunya diterima ketika sedang bertarung dalam perlawanan akhir satu kejohanan yang berlangsung di Lima, Peru pada tahun 2014. 
Ketika itu dia hanya meminta untuk keluar gelanggang seketika sewaktu dimaklumkan perkhabaran sedih itu dan kemudian kembali menyambung perlawanan sebelum muncul juara kejohanan tersebut. 

Apriyani Rohayu menziarahi pusara ibunya yang meninggal dunia ketika dia berusia 16 tahun.-Kredit foto : Instagram/r.apriyanig



Turut menerima kejutan semasa rancangan tersebut adalah pasangannya Greysia Polli yang dipertemukan dengan suaminya yang menyamar sebagai krew rancangan tersebut.  

Namun ternyata Greysia dapat mengenali suaminya dalam tempoh singkat walaupun suaminya memakai pelitup separuh muka serta topi bagi menyembunyikan identitinya daripada Greysia. 


Pasangan Indonesia itu mengondol pingat emas untuk Indonesia temasya Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan China,  Chen Qingchen dan Jia Yifan dalam dua set 21-19, 21-15 pada perlawanan akhir beregu wanita di Musashino Forest  Sport Plaza.  
Terdahulu pada peringkat separuh akhir, Apriyani dan Greysia menewaskan pasangan Korea Selatan Lee Sohee/Shin Seungchen dengan mata 21-19 dan 21-17, sementara pasangan China yang ditewaskan pada pertandingan akhir pula menewaskan satu lagi pasangan Korea Selatan,  Kim Soyeong/Kong Heeyong 21-15, 21-11. - KitaReporters

Apriyani Rohayu (terbaring) bersama pasangannya Greysia Polli merayakan kejayaan menumpaskan beregu China,Chen Qingchen/Jia Tifan 21-19,21-17 pada perlawanan akhir beregu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto:  South China Morning Post.

2
0
0
1
0
You will be interested