Insan & Komuniti 28 Sep, 2021

Demi harta mudah guna ilmu ghaib! Ibu korbankan diri, anak sendiri kepada nafsu serakah dukun!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ZY (tengah) ditahan oleh polis untuk siasatan kes perkosaan melibatkan gadis bawah umur yang menjadi mangsa dukun palsu akibat ilmu ghaib untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. - Kredit Foto: Tribunnews.com


CITA-CITA seorang ibu di Sulawesi Tenggara untuk menjadi orang kaya ataupun mendapat harta dengan sekelip mata melalui ilmu ghaib sehingga dia sanggup mengadaikan maruah dirinya serta seorang anak gadisnya yang di bawah umur supaya disetubuhi beberapa kali seorang dukun palsu ternyata tertipu dan tidak berhasil yang diimpikan.   

Malah  ibu yang juga seorang suri rumah dikenali, ZY, berusia 45 tahun, tinggal Kecamatan Napabola, Kabupaten Muna itu bukan sahaja tidak memperolehi sebarang harta bertimbun dengan cara mudah seperti dijanjikan oleh dukun yang bernama AU, 47, tetapi wanita itu telah ditangkap polis dan akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun akibat bersubahat melakukan perbuatan cabul kanak-kanak di bawah umur.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes mencabul

 

ZY yang sanggup mengadaikan maruah dirinya dan seorang anak gadisnya kepada seorang dukun demi cita-citanya untuk menjadi seorang yang kaya raya. - Kredit foto: Tribunnews.com


ZY akan disabitkan Pasal 81 ayat (1), Pasal 76d/ ayat (2) dan ayat (3) Undang-Undang nombor 35 tahun 2014, manakala dukun terbabit belum tertangkap lagi. 

Ilmu ghaib yang dilakukan secara pemujaan (amalan pesugihan) untuk mendapat harta dengan jalan yang mudah oleh ZY dan AU terbongkar selepas mangsa anak gadis wanita itu bernama BN, 16, memberitahu kepada ayahnya yang baharu pulang ke kampung baru-baru ini setelah bekerja di perantauan.

Dipetik laporan Kompas.com pada 26 September 2021 melaporkan, selepas mangsa menceritakan kejadian tersebut, bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Muna menyebabkan polis telah menangkap ZY dan jenayah terbabit terjadi semasa suaminya tiada di kampung.


ZY (kanan) bersama anak gadisnya yang masih bersekolah dipercayai melakukan beberapa kali hubungan intim dengan dukun untuk melakukan ilmu ghaibnya. - Kredit foto: Tribunnews.com


Pegawai Penyiasat Polis Daerah Muna, Iptu Hamka berkata kejadian itu bermula apabila wanita itu dihubungi AU yang mendakwa dirinya seorang bomoh yang handal serta hebat dapat membuat orang lain menjadi kaya raya dalam masa yang singkat.

Selepas itu, mereka berjanji untuk berjumpa di sebuah penginapan di Raha.

Ketika mereka bertemu, kata Hamka, AU merayu berserta memberi syarat untuk melakukan ilmu ghaib bagi mendapatkan wang dengan segera, mangsa perlu melakukan hubungan seks dengan dukun itu.

``Akibat percaya dan tergoda dengan janji-janji AU itu menyebabkan wanita berkenaan melayani nafsu dukun itu dan selepas bersetubuh, AU memberi sehelai kain putih kepada mangsa (ZY) dan kain putih itu perlu disiram setiap malam dengan air,’’ ujar Hamka.


 Kredit Foto : Tribunnews.com


Hamka berkata, tidak lama kemudian selepas kejadian itu, dukun itu meminta dengan ZY seorang wanita lain pula untuk bersetubuh dengannya bagi memenuhi syarat-syarat ilmu ghaibnya untuk mendapat harta itu.

ZY buntu kerana tiada seorang wanita lain yang sanggup mengadaikan maruah dirinya demi dukun palsu itu yang melakukan perbuatan yang tidak termasuk akal itu.

Lantaran itu, wanita yang tergila-gila dengan harta yang bakal diperolehi dengan cara mudah itu telah memujuk anak gadisnya yang masih bersekolah untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan bomoh itu agar cita-citanya tercapai. 

ZY dan BN dipercayai sudah melakukan hubungan seks beberapa kali menjadi mangsa dukun itu sejak 2019 hingga Julai 2021. - KitaReporters


Kredit Foto : DetikNews

 

20
12
0
9
4
You will be interested