Insan & Komuniti 06 Jul, 2020

Terbaiklah Ustaz Ebit Lew! Sumbang 1 van jenazah, 1 ambulans

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Satu demi satu sumbangan amal dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew, 35, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew. Namanya terus menjadi bualan masyarakat. Dia menjadi ikon orang berduit yang tidak kedekut membahagikan kekayaan kepada pihak memerlukan.: KitaReporters  

Ustaz Ebit menguji cuba van jenazah yang dibelinya. - Kredit foto; FB Ebit Lew


Dia berpegang kepercayaan rezeki akan bertambah apabila dikongsi bersama dengan pihak yang memerlukan.

Terbaharu Ustaz Ebit menyediakan sebuah van jenazah dan ambulans untuk masyarakat yang memerlukan tanpa sebarang bayaran.

Facebook Ebit Lew mengutarakan sejumlah foto berkaitan van ijazah yang sudah mula diguna.



Bagi pihak yang memerlukan boleh hubungi talian 01170787900. Perkhidmatan ini beri melalui Yayasan Amal Kasih Umat Malaysia yang diasaskannya.

Berkongsi perkara tersebut menerusi Facebook, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur di atas perancangannya itu dan memberitahu kedua-dua van tersebut diberi pakai kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang bayaran akan dikenakan.

Ustaz Ebit memegang peti jenazah dalam van jenazah sebelum dihantar ke Pasir Mas, Kelantan.


Berkongsikan pengalamannya, Ustaz Ebit berkata, semasa arwah ibunya meninggal dunia sukar untuk mencari van jenazah ketika itu. 

Bagaimanapun, segala urusan dipermudahkan dan akhirnya dapat van jenazah untuk membawa ibunya disemadikan di kampung.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Ustaz Ebit memaklumkan van jenazah itu sudahpun melakukan tugasan pertama dengan membawa satu jenazah dari Klang, Selangor untuk dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan lewat malam pada Sabtu,  4 Julai 2020.

Ustaz Ebit mengucapkan selamat berangkat van jenazah yang melakukan misi pertama pada malam hari Sabtu, 4 Julai 2020.



Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas usaha murni Ustaz Ebit yang tidak tahu erti penat lelah untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Malah, ramai yang mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki oleh Allah.

4
0
0
0
0
You will be interested