Yusof Kelana dikunjungi Datuk Yusof Haslam dan Mohd Noor Kadir. - Kredit foto: IG @mohdnoorkadir
Pada mulanya, Yusof, atau nama sebenarnya Omar Saleh, enggan menerima rawatan kerana mengganggap ia cuma luka biasa.
Bagaimanapun apabila luka itu semakin membesar dan terasa semakin sakit, anaknya terus membawanya ke hospital pada bulan Jun lalu.
Setelah menjalani ujian Computed Tomography atau CT Scan dan untuk mendapatkan lebih kepastian, diambil tisu, maka dia disahkan menghidap kanser kulit tahap empat, pada dua minggu lalu.
Dia kini dirawat di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan kemoterapi.
Yusof terus berjuang untuk memulihkan penyakitnya setelah puluhan ribu ringgit dihabiskan untuk rawatan di hospital.
Selepas ini, dia akan mendapatkan rawatan alternatif.
Baginya kesihatan penting dirawat walaupun terpaksa menghabiskan banyak wang dan mencuba pelbagai cara untuk mendapat rawatan.
Yusof Kelana ketika pelancaran filem arahannya 'Bidong The Boat People' pada 2018
Hati Yusof terubat apabila sering menerima kunjungan rakan di hospital. Antara rakan yang menziarah ialah Datuk Yusof Haslam, Mohd Noor Kadir dan A. Galak.
Sebelum dimasuk ke hospital, Yusof Kelana melakukan kerja menyiapkan proses akhir bagi filem ‘Mahathir the Journey’ dan dokumentari berjudul ‘Kota Kota Yang Ditinggalkan’ untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebanyak 13 episod.
Yusof Kelana merupakan antara pelakon, pengarah dan produser filem yang produktif. Dia pernah berlakon dan mengarah dalam sejumlah siri kepolisian ‘Gerak Khas’.
Dia kemudian menubuhkan satu lagi syarikat, YKS Film Maker. - KitaReporters